web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


9 Kematian Baharu COVID-19 Direkodkan Semalam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 10:51AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan sehingga malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, empat daripada kematian itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 32,065 dengan 6,473 daripadanya adalah BID.

Dua kematian masing-masing dicatatkan di Perak dan Sabah manakala satu kes dilaporkan berlaku di Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 94,5151 kes aktif dilaporkan dengan 83,906 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,405 pesakit pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 5,057 lagi dirawat di hospital.

Sejumlah 68 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 79 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan jumlah 5,681.

Seterusnya, seramai 12,769,610 atau 54.5 peratus populasi dewasa di negara ini sudah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Sejumlah 22,933,328 individu atau 98 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,208,714 lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,793,710 individu sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing manakala 2,871,310 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian, sebanyak 165,653 dos diberikan, meliputi 149,361 dos penggalak, 14,195 dos pertama dan 2,097 dos kedua.

Ia menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 64,434,353 dos. - Getaran, 10 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 13 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad