web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Yakinkan Rakyat, KKM Disaran Tubuh Pasukan Komunikasi Risiko

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 9:00AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun kerajaan memberi jaminan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak akan dilaksanakan, rakyat masih bimbang episod beraya di perantauan akan berulang lagi.

Masakan tidak, baru empat bulan kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian, negara mula dibadai gelombang Omicron.

Mutakhir ini, kes harian COVID-19 terus melonjak naik dan kekal lima angka dengan 17,134 kes direkodkan semalam.

Rentetan itu, ramai beranggapan gelombang baharu tersebut tidak akan reda dalam masa terdekat.

Pakar kesihatan awam pula memaklumkan, lonjakan kes itu dapat ditamatkan jika sekurang-kurangnya 70 peratus populasi rakyat menerima suntikan dos penggalak.

Adakah angka itu mustahil untuk dicapai sebelum kes jangkitan COVID-19 dalam negara dijangka mencecah 22,000 kes pada akhir Mac ini?

Masih tiada jawapan untuk persoalan itu kerana pengambilan dos penggalak ketika ini masih rendah.

Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berpendapat, perasaan berkecamuk dialami rakyat ketika ini berpunca daripada kegagalan Kementerian Kesihatan (KKM) meyakinkan mereka supaya tidak panik dengan peningkatan kes harian COVID-19.

Katanya, terdapat jurang kelemahan yang ketara dari aspek pengurusan komunikasi risiko kementerian tersebut dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat.

“Berdasarkan pemerhatian saya, rakyat sekarang dah sampai tahap fed up, marah dan lebih teruk lagi ada yang buat troll terhadap kerajaan.

“Walaupun kes kategori 1 dan 2 lagi banyak, rakyat dah tak kisah dah. Mereka hanya tengok pada angka kes yang direkodkan.

“Bila anda beritahu kes melebihi 17,000, memanglah rakyat akan panik. Mereka mula bimbang tak dapat balik beraya seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya kepada Getaran.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Justeru Dr Zainal Ariffin menyarankan KKM supaya menubuhkan sebuah pasukan komunikasi risiko untuk menangani masalah tersebut.

Menurut beliau, pasukan itu perlulah dianggotai pakar perubatan yang berpengalaman luas dalam pengurusan pandemik.

“Individu dalam pasukan itu bukan sahaja pakar dalam bidang perubatan tetapi perlu ada ilmu anthropologi iaitu ilmu kemasyarakatan yang kita panggil sebagai ‘community behavior’.

“Dalam bidang kesihatan awam ada ilmu perubatan, ilmu kesihatan awam, ilmu epidemiologi dan ilmu komunikasi. Kami dah belajar mengenai kepentingan komunikasi risiko ketika pandemik,” katanya.

Malangnya kerajaan ketika ini jelas Dr Zainal, hanya melihat dari aspek teknikal.

“Itu salahlah. Dalam kalangan pakar kesihatan itu sendiri, bermacam-macam pandemik telah dilalui tapi pengalaman itu tak digunakan sepenuhnya,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan agar KKM mengubah cara penyampaian statistik harian kes jangkitan COVID-19 kepada rakyat.

Katanya, KKM sepatutnya memberi tumpuan kepada kadar kes teruk (kategori tiga hingga lima), penggunaan katil hospital, kes ICU dan kematian, bukannya bilangan kes baharu semata-semata.

“Jadi macam mana nak terangkan kepada rakyat supaya mereka jangan panik? Di sini pentingnya pengurusan komunikasi risiko untuk melawan persepsi rakyat.

“Kena beritahu dengan jelas bahawa daripada 17,000 kes itu hanya sebilangan kecil kes serius dan selebihnya adalah tidak bergejala atau hanya bergejala ringan.

“Jangan main belasah letak semua nombor, memang teruklah jadinya. Kalau boleh jangan masukkan sekali bilangan kes kategori 1 dan 2, tapi hanya maklumkan yang serius sahaja,” katanya.

Sementara itu, Dr Zainal Ariffin berkata, situasi penularan COVID-19 di negara ini masih terkawal dan ‘mimpi ngeri’ pertengahan tahun lalu tidak akan berulang meskipun kes harian melonjak.

“Buat masa ini situasi masih terkawal bukan macam pertengahan tahun lalu. Kita masih ada masa walaupun tiba-tiba ada lonjakan yang serius.

“Ada tempoh sebulan dua untuk kawal betul-betul, lagipun dah ada liputan vaksinasi yang tinggi ketika ini. Tapi janganlah melompat terlalu awal.

“Walaupun kita dah boleh jalani kehidupan seperti biasa, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perlu kekal di tahap tertinggi untuk mengelak dijangkiti,” katanya. - Getaran, 10 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 17 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar