web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


50 Jemaah Tidak Dapat Tunai Umrah, Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 10:01PM

Hanya jemaah negatif COVID-19 melalui PCR dan RTK Antigen dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh keberangkatan ke Tanah Suci dibenarkan memasuki Arab Saudi. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 50 jemaah umrah yang dijadual berlepas ke Tanah Suci pada hari pertama penangguhan perjalanan itu ditarik balik, semalam, tidak dapat mengerjakan ibadah terbabit selepas disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA), Dr Fathir Badri Alhadad.

Beliau berkata, susulan situasi itu, pihaknya berdepan masalah pengurusan memandangkan semua proses membawa 350 jemaah pada hari terbabit sudah dilakukan.

“Jemaah ini memaklumkan mereka positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan kendiri di rumah masing-masing. Pembatalan tersebut menyebabkan pengurusan jemaah umrah terkesan.

“Antara kesulitan terpaksa kami hadapi apabila kumpulan jemaah itu menempah bilik berempat, tetapi pembayaran bilik hotel dibuat individu positif terbabit tidak dapat dipulangkan semula.

“Melainkan tiket penerbangan, kami boleh uruskan untuk tukar tarikh penerbangan atau sebaliknya,” katanya kepada Getaran.

Dr Fathir Badri Alhadad
Dr Fathir Badri Alhadad

Ditanya bagaimana kaedah kuarantin kendiri dijalani jemaah berkenaan, Fathir Badri berkata, mereka melalui tempoh itu di rumah masing-masing.

“Selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan tidak boleh meneruskan perjalanan, mereka terus pulang untuk kuarantin di rumah,” katanya.

Fathir Badri berkata, SAFTTA sentiasa memaklumkan kepada jemaah untuk sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri supaya tidak dijangkiti COVID-19.

“Kami (SAFTTA) juga sudah memaklumkan kepada jemaah mengenai halangan bakal mereka tempuhi sekiranya positif COVID-19.

“Pemakluman ini selaras prosedur operasi standard (SOP) dikemaskini Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya yang meminta setiap pengendali umrah menjelaskan secara terperinci pakej ditawarkan kepada jemaah sebelum menjalankan mengesahkan pembayaran, supaya mereka lebih faham risiko bakal dihadapi,” katanya.

Pada masa sama, Fathir Badri berkata, SAFTTA menggesa kepada setiap bakal jemaah supaya lebih peka dan berhati-hati bagi mengelakkan mereka dijangkiti COVID-19 serta memastikan perancangan umrah dapat berjalan seperti dijadualkan.

“Saya menasihatkan jemaah mengelak daripada berjumpa orang ramai dua minggu sebelum berangkat mengerjakan umrah agar tiada perkara tidak diingini berlaku.

“Jika mereka disahkan positif pada hari penerbangan, kasihan kerana bukan sahaja tidak dapat menunaikan umrah, malah kasihan kerana wang dikumpul bertahun-tahun untuk ibadah ini sebahagiannya tidak dapat dipulangkan semula,” katanya.

Mengulas lanjut, Fathir Badri berkata, kerajaan Arab Saudi kini mewajibkan jemaah umrah tempatan dan antarabangsa yang ke Tanah Suci untuk mengemukakan keputusan negatif ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) COVID-19.

Jelasnya, jurucakap rasmi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Hesham A Saeed menerusi kenyataan semalam memaklumkan, hanya jemaah negatif COVID-19 melalui PCR dan ujian saringan kendiri (RTK Antigen) dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh keberangkatan ke Tanah Suci dibenarkan memasuki negara berkenaan.

“Jika sebelum ini, ujian PCR atau RTK Antigen tersebut diberikan dalam tempoh 72 jam, tetapi tidak kini.

“Jadi masa diberikan lebih singkat, sehingga menyebabkan jemaah umrah yang mahu berangkat semalam tidak dapat terbang sebab ada dalam kalangan mereka positif,” katanya. - Getaran, 9 Februari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad