web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kadar Kebolehjangkitan Melonjak, Tertinggi Di Sabah, Perlis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 12:04PM

KKM menjangkakan kes jangkitan COVID-19 dalam negara boleh mencecah sehingga 22,000 pada akhir Mac ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) di negara ini kembali mencatatkan rekod tertinggi iaitu pada paras 1.32, susulan lonjakan kes positif COVID-19 sejak muktahir ini.

Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitternya hari ini, Sabah dan Perlis merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.54 diikuti Sarawak (1.48), Terengganu (1.36) dan Kedah (1.32).

Tujuh negeri merekodkan nilai Rt melebihi 1.2 iaitu Putrajaya (1.29), Pulau Pinang (1.25), Johor dan Pahang (1.24) manakala Selangor, Melaka dan Perak masing-masing 1.23.

Sementara itu, Kelantan pula mencatatkan nilai Rt pada paras 1.16, Negeri Sembilan (1.12), Kuala Lumpur (1.09) dan Labuan 11 kes.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh setiap kes positif.

Contohnya, nilai Rt 2.2 bermaksud 10 kes positif boleh menjangkiti 22 individu lain dalam tempoh kebolehjangkitan.

Semalam, kes harian COVID-19 terus melonjak kepada 11,034 kes berbanding 10,089 kes kelmarin.

Angka terbaharu itu merupakan kes harian tertinggi dilaporkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan bermula Oktober tahun lalu.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut menjangkakan kes jangkitan COVID-19 dalam negara boleh mencecah sehingga 22,000 pada akhir Mac ini.

Menurut Dr Noor Hisham, jangkaan itu berdasarkan nilai kebolehjangkitan kebangsaan pada Rt 1.20.

Sebelum ini, kadar Rt tertinggi dicatatkan pada 6 Februri lalu pada paras 1.27. - Getaran, 8 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik