web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor Boleh Diteruskan, Perlu Ikut SOP - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 8:11PM

PRN Johor boleh diteruskan dan SOP mengenainya akan diumumkan kelak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh dilaksanakan dalam masa terdekat walaupun berdepan peningkatan COVID-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Bercakap dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini, beliau berkata penularan varian Omicron sudah terbukti hanya menyebabkan gejala ringan.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesyorkan prosedur operasi standard (SOP) terkini untuk PRN Johor, dan ia telah dimuktamad serta dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Memandangkan Omicron setakat ini tidak menunjukkan kesan teruk seperti (varian) Delta, maka KKM mengambil pendirian bahawa PRN boleh diteruskan,” katanya.

Pengumuman SOP PRN Johor itu jelasnya, akan diumumkan dalam masa terdekat.

SPR sebelum ini memaklumkan, satu mesyuarat khas akan diadakan pada Rabu, bagi membincangkan tarikh penting PRN Johor seperti Hari Penamaan Calon dan tarikh pengundian.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy memberitahu, semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun atau individu yang berumur 60 tahun ke atas perlu mengambil dos penggalak sebelum 1 Mac bagi memastikan status vaksinasi dikekalkan.

Tegas beliau, kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan status MySejahtera berubah, dan dianggap belum mendapatkan dos lengkap.

"Sekiranya tidak berbuat demikian, sijil digital itu akan bertukar kepada warna putih, maksudnya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu.

"Saya setuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa ada keengganan penerima Sinovac contohnya, untuk menerima dos penggalak Pfizer,” katanya.

Khairy menarik perhatian, seramai 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac masih belum menerima dos penggalak sehingga ke hari ini.

“Jumlah ini agak ramai, dan mereka akan terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer. Walaupun berkesan, ia tidak sebaik atau seefektif Pfizer.

"Sebab itu saya sudah buat keputusan bahawa, kita lebih menggalakkan mereka menerima Pfizer dan AstraZeneca, tetapi apa juga penggalak lebih baik daripada tidak ada langsung. Sebab itu kita akan berikan temujanji untuk mereka pilih sekiranya mereka mahukan Sinovac bagi dos penggalak mereka," tegasnya.

Menurut beliau, dos penggalak dapat memberi perlindungan daripada komplikasi teruk sekiranya dijangkiti COVID-19.

“Data harian menunjukkan individu yang belum divaksin berisiko sembilan kali ganda lebih tinggi untuk dijangkiti, dan berdepan ancaman kematian akibat COVID-19, 62 kali ganda lebih besar berbanding mereka yang sudah disuntik atau mengambil dos penggalak.

“KKM amat menggalakkan penduduk untuk mendapatkan dos penggalak dengan seberapa segera bagi melindungi diri, keluarga dan negara, khususnya dengan peningkatan mendadak kes akibat varian Omicron,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, warga emas berdepan risiko amat tinggi untuk mengalami jangkitan pada tahap teruk.

“Daripada 32,034 kematian sehingga 6 Feb 2022, sebanyak 18,362 atau 57.32 peratus melibatkan warga emas.

“Sehingga kini, terdapat lebih kurang 32 peratus  atau satu juta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak,” ujarnya. – Getaran, 7 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad