web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bapa Durjana Dipenjara 20 Tahun, 8 Sebatan Cabul 2 Anak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 7:50PM

Tertuduh, dihukum penjara 20 tahun dan lapan sebatan selepas mengaku salah atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya di Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU – Seorang bapa durjana dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai Hakim memerintahkan supaya hukuman terbabit dijalankan secara berasingan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh, yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang didakwa mencabul anaknya pada penghujung Ogos 2020 di sebuah rumah pekerja di daerah Kalabakan.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, tertuduh didakwa meraba kaki kiri mangsa yang berusia 17 tahun ketika itu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa meraba bahagian lutut kiri seorang lagi anak perempuannya yang berusia 15 tahun pada jam 11 malam Januari tahun lalu, juga di lokasi sama.

Atas semua pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) yang membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh disebat.

Pertuduhan turut dibacakan bersama Seksyen 16 (1) akta yang sama dan jika sabit kesalahan, perlu dikenakan hukuman penjara tambahan tidak lebih lima tahun serta tidak kurang dua sebatan.

Menurut fakta kes, mangsa dikatakan menghubungi bapa saudaranya yang berada di Keningau pada 22 Disember lalu, sebelum mendedahkan ugutan tertuduh yang mahu membunuh seorang kakaknya menggunakan tombak.

Bertindak atas nasihat Konsulat Republik Indonesia, pengadu membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan lelaki berkenaan 11 Januari lalu.

Sementara itu, tertuduh yang juga bapa kepada 10 anak dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan, hukuman atas alasan  perlu menyara keluarga, selain sudah menyesali perbuatan jijik tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana dalam hujahnya bagaimanapun memohon tertuduh dikenakan hukuman berat dan setimpal, selepas mengambil kira kepentingan awam serta trauma emosi yang dialami mangsa.

Tertuduh juga katanya, sedang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol anak sulungnya.

Dia juga dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan pengusiran selepas selesai menjalani hukuman.

Pendakwa dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Jhassary Kang. – Getaran, 7 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan