web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


50 Kanak-kanak, Murid Sekolah Pahang Terima Suntikan PICKids

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 5:49PM

Salah seorang kanak-kanak menerima suntikan vaksin COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Lima puluh kanak-kanak menjadi kumpulan pertama di Pahang menerima suntikan vaksin COVID-19 masing-masing, melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) bermula hari ini.

Untuk daerah Kuantan, proses berkenaan melibatkan 30 kanak-kanak dan murid yang dibuat di pusat pemberian vaksin khas (SPPV) di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pagi tadi.

Semua yang menerima suntikan sudah mendaftar dan menerima tarikh temujanji dibuat ibu bapa masing-masing melalui aplikasi MySejahtera sebelum ini.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang berkata, program PICKids bagi daerah Pekan bermula petang ini, melibatkan 20 kanak-kanak dan murid di Hospital Pekan.

"Sehingga 5 Februari lalu, seramai 28,446 kanak-kanak daripada anggaran 197,700 atau 14.3 peratus sudah didaftarkan ibu bapa atau penjaga mereka melalui sistem MySejahtera.

"Kumpulan pertama menerima suntikan hari ini adalah disasarkan kepada kanak-kanak komorbid yang layak," katanya.

JKN Pahang menyediakan 78 PPV bagi pelaksanaan PICKids dengan 11 daripadanya adalah SPPV, manakala 60 lagi akan dilakukan di klinik kesihatan serta klinik kesihatan ibu dan anak.

Selain itu, tujuh PPV 'offsite' juga bakal dibuka bagi mempercepatkan proses suntikan vaksin kepada kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di Pahang.

"Pihak JKN Pahang juga sedang meneliti dan memperhalusi cadangan menyediakan PPV berkonsepkan 'outreach' di sekolah bagi menjayakan program PICKids," katanya.

Semua peserta PICKids itu menerima suntikan vaksin jenis Corminaty (Pfizer-BioNTech).

PICKids bermula 3 Februari lalu di Lembah Klang, dengan anggaran empat juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di seluruh negara, layak menerima vaksin COVID-19 menerusi program berkenaan. – Getaran, 7 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 6 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan