web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saf Depan Tidak 'Ditempah', Masjid Taman Nirwana Mohon Maaf Cetus Kekeliruan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 1:48PM

Seorang individu menggunakan nama Abu Al Zahra menaikkan status di Facebook berhubung kejadian yang menimpa dirinya ketika ingin menunaikan solat Jumaat di masjid Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang. - Gambar dari Facebook Abu Al Zahra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saf bahagian depan di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang sebenarnya diperuntukkan kepada tiga imam, dua bilal dan seorang penceramah.

Jurucakap pengurusan masjid berkenaan berkata, tidak timbul dakwaan jemaah solat Jumaat diarah mengosongkan saf depan kerana ia telah ‘ditempah’ barisan jawatankuasa, seperti yang ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Menurut beliau, semua imam dan bilal berkenaan adalah sebahagian daripada ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang bertugas bagi memastikan kelancaran jemaah, supaya mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

“Adalah dimaklumkan bahawa gambar ditularkan di media sosial pada jam 1.19 tengah hari, memaparkan ruang kosong di masjid adalah untuk AJK yang sedang menjalankan tugas seperti menjaga pagar dan menyusun atur kedudukan saf jemaah.

“Penceramah dimaksudkan pula telah berada di ruang yang disediakan,” katanya hari ini.

 

Kisahnya hari ini. Datang awal. Dan terus ke saf depan paling kiri sekali. Selepas mendirikan tahyitul masjid, datang...

Posted by Abu Al Zahra on Thursday, February 3, 2022

Jurucakap itu memberitahu, masjid menetapkan syarat bahawa sekiranya AJK terbabit gagal memenuhi ruang hadapan selepas azan pertama disebabkan terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, jemaah lain dibenarkan untuk ke hadapan bagi memenuhkan saf tersebut.

“Besar harapan kami agar semua pihak mendapatkan kesahihan sesuatu isu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang sebaran di media sosial.

“Semoga dengan kenyataan rasmi ini dapat memperjelaskan keadaan sebenar dan tidak mengeruhkan lagi isu tersebut,” katanya sambil memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

Jumaat lalu, seorang individu menggunakan nama Abu Al Zahra menaikkan status terbaharu di Facebook berhubung kejadian yang menimpa dirinya ketika ingin menunaikan solat Jumaat di masjid terbabit.

Menurutnya, dia diminta untuk berpindah ke saf lain sedangkan ruangan di saf bahagian depan itu masih kosong setakat jam 1.19 tengah hari. – Getaran, 7 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Mengapa Pendidikan Pengurusan Di Malaysia Ketinggalan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Hebat Awak Dik!

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad