web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JKN Kedah Sasar 80 Peratus Kanak-Kanak Divaksin Dalam 6 Bulan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 1:19PM

JKN Kedah sasar 80 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun di Kedah akan menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh 6 bulan menerusi PICK Kids. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menyasarkan 80 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun di negeri  ini akan menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh enam bulan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kids).

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata berdasarkan statistik terdapat seramai 215,508 kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun di negeri itu.

"Program PICK Kids di Kedah telah mula dilaksanakan semalam dengan seramai 10 kanak-kanak telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dan untuk hari ini, dijangka lebih 40 kanak-kanak akan mendapatkan suntikan berkenaan. 

“Empat Special Pusat Pemberian Vaksin (SPPV) Hospital telah dibuka untuk pemberian vaksin itu iaitu Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar; Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani; Hospital Kulim dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi,” katanya selepas merasmikan Program PICK Kids Peringkat Negeri Kedah di Hospital Sutanah Bahiyah di sini, hari ini.

Beliau berkata, menerusi data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Negeri Kedah, seramai 22,067 kanak-kanak di negeri itu telah dijangkiti COVID-19 dengan tiga kematian dicatatkan sehingga kini.

“Pada 2022 sahaja, sebanyak 1,623 kes daripada 13,217 kes yang dicatatkan di negeri ini adalah dari kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun dan keadaan ini sangat membimbangkan. Sebab itu kanak-kanak perlu menerima suntikan vaksin bagi melindungi diri mereka daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Sehingga Sabtu lepas, seramai 33,930 kanak-kanak telah didaftarkan untuk mendapat suntikan vaksin melalui pendaftaran MySejahtera. Tetapi, jika dilihat jumlah itu masih rendah dengan hanya 15 peratus daripada jumlah 215,508 kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun di negeri ini yang baru berdaftar,” katanya.

Dr Othman berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima maklumat mengenai kesan sampingan terhadap kanak-kanak yang telah menerima suntikan vaksin di Kedah dan berharap ia dapat menyakinkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka bagi menerima vaksin COVID-19.

Sementara itu, seorang pekerja sektor awam Shuhaina Shuib, 36, yang ditemui di lobi Hospital Sultanah Bahiyah berkata dia bersama suaminya datang ke hospital itu seawal pukul 8 pagi bagi menemani tiga anak mereka iaitu Damia Nur Sara Mohd Dzarif ,11; Dahlia Nur Qisya, 9, dan Muhammad Daiyan Ziyad, 6, untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Anak-anak teruja kerana mereka juga akan menerima suntikan vaksin seperti kami. Bagi saya, selagi mana vaksin ini membawa kebaikan dan dapat melindungi kesihatan anak-anak, saya sokong usaha kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tambahan pula, boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja murid-murid sekolah yang positif COVID-19, jadi sebagai ibu bapa perasaan bimbang itu ada. Tetapi, bila mendapat suntikan vaksin ini sekurang-kurangnya mereka semua dapat dilindungi,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad