web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Cuai, Tidak Peduli SOP Punca Kes Meningkat- Masidi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 8:13AM

Pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal yang semakin longgar dalam kalangan masyarakat antara punca kes harian di Sabah melonjak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sikap cuai dan tidak peduli terhadap prosedur operasi standard (SOP) semasa berkumpul atau berada di khalayak ramai merupakan antara punca peningkatan kes harian COVID-19 di Sabah kebelakangan ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata ini dapat dilihat apabila pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sudah semakin longgar dalam kalangan masyarakat yang menyebabkan kes harian melonjak kepada 1,285 kes semalam.

Beliau berkata ketidakpatuhan SOP itu juga memburukkan keadaan apabila pada masa ini virus COVID-19 sudah bertapak secara meluas dalam komuniti dan memudah kadar perebakan serta jangkitan dengan lebih cepat.

“Sebanyak 47.55 peratus kes jangkitan baharu hari ini berlaku secara sporadik dan hanya disedari apabila pesakit mengalami gejala jangkitan COVID-19.

“Peratusan kes-kes melalui saringan bergejala adalah tinggi di kawasan bandar. Sebagai misalan, hampir 50 peratus daripada 309 kes baharu di Kota Kinabalu adalah daripada kategori saringan bergejala,” katanya menerusi kenyataan di sini, malam tadi.

Selain itu katanya, tertakluk kepada pengesahan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, peningkatan kes sejak seminggu ini berkemungkinan disebabkan penularan virus COVID-19 jenis Omicron yang lebih cepat merebak berbanding varian biasa.

Dalam pada itu, Masidi berkata seperti yang dijangka, jumlah kes baharu di Sabah terus meningkat apabila 1,285 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 252,930 kes, manakala 328 orang sembuh menjadikan jumlah sembuh 241,031 orang. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad