web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perkhidmatan ‘Jodoh Online’ Berisiko Makan Diri, Taktik Kaut Wang Mudah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 6:32PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seringkali kita mendengar ungkapan ‘jodoh di tangan Tuhan’, justeru walau sekuat mana individu berusaha mencari pasangan, mereka tidak akan mampu mengatasi takdir andai belum tiba masa untuk membina mahligai perkahwinan.

Namun, bukan semua orang dalam kalangan masyarakat di negara kita yang memahami konsep itu, kerana ada sahaja pertanyaan atau sindiran dilontarkan kepada individu masih belum berkahwin meskipun semakin lewat usia.

‘Kenapa tak kahwin lagi’, ‘anak dara tua’ dan ‘bujang terlajak’ adalah antara kata-kata sering diterima golongan belum bertemu jodoh sehingga ada yang berdepan perasaan malu, tertekan, sedih, marah, kurang keyakinan bersosial, merasa diri tidak ‘laku’ atau lebih membimbangkan, mengalami kemurungan.

Situasi itu menyebabkan individu terbabit memilih alternatif lain untuk mencari pasangan suami atau isteri, iaitu menerusi ‘pergaulan’ dan komunikasi di media sosial.

Atas faktor itu, tidak hairan pada hari ini, semakin banyak perkhidmatan mencari jodoh disediakan individu perseorangan atau agensi secara maya untuk membantu golongan berkenaan, terutama bagi mereka yang terlalu sibuk dengan urusan kehidupan dan kerjaya.

Kata orang, sekiranya tidak ada pembeli, masakan ada penjual, justeru sambutan menggalakkan daripada kumpulan sasaran membuatkan perkhidmatan mencari jodoh di negara ini, sama ada menerusi laman sesawang atau aplikasi media sosial wujud umpama ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.

Bagaimanapun, Pakar Undang-Undang Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Aziah Awal berkata, di sebalik kebaikan boleh ditawarkan perkhidmatan itu, apa dibimbangi adalah ia mampu memberi kesan buruk kepada pelanggan dan masyarakat.

Profesor Datuk Dr Aziah Awal
Profesor Datuk Dr Aziah Awal

“Pertama apa dibimbangkan jika perkhidmatan ini ditawarkan pihak ingin melakukan ‘scam’. Pada zaman teknologi canggih ini, orang boleh lakukan apa sahaja termasuk atas tujuan menipu untuk mencari wang mudah melalui caj perkhidmatan dikenakan kepada setiap pelanggan.

“Kebimbangan kedua adalah kewujudan semakin banyak perkhidmatan ini membuatkan kita merasa ramai anak gadis kita sudah bersedia berkahwin tetapi tidak ada pasangan, namun malu menyatakan hasrat itu kepada ibu bapa untuk dibantu mencari jodoh,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Sikap masyarakat negara ini yang sudah moden tetapi memegang erat tatasusila dan adab budaya jelas Azizah lagi, membuatkan sang gadis tidak mahu berterus-terang, sebaliknya cuba mendapatkan pasangan di media sosial.

“Meskipun diakui ada beberapa perkhidmatan mencari jodoh di media sosial sememangnya telus membantu, segelintir penyedia platform itu pula hanya mahu mendapatkan keuntungan di atas angin.

“Justeru, mana-mana individu atau pihak yang mengetahui wujud perkhidmatan ini untuk tujuan menipu, mereka perlu uar-uarkan bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa. Ada juga nama atau konsep digunakan segelintir penyedia perkhidmatan ini nampak islamik, tetapi mereka mahu menipu demi mendapatkan wang mudah,” katanya.

Ditanya pendekatan alternatif tertentu boleh digunakan individu belum berkahwin untuk mencari pasangan hidup, Azizah berkata, ia mungkin lebih baik menerusi calon suami atau isteri yang diperkenalkan keluarga sendiri atau kenalan rapat.

Usaha itu, katanya, lebih selamat dan meyakinkan memandangkan hanya mereka yang benar-benar mengenali individu terbabit dan tahu bagaimana calon paling sekufu sesuai digandingkan.

Beliau berkata, berkenalan menerusi media sosial semata-mata tanpa mengenali lama atau mendasari hati budi masing-masing dan latar belakang secara tepat, mungkin lebih merisikokan hubungan memandangkan banyak pembohongan maklumat diri boleh dicipta menerusi skrin komputer.

“Saya ada kes pasangan kenal enam bulan atas minat sama ketika di satu acara dan rasa sangat serasi, tetapi perkahwinan hanya mampu bertahan setahun setengah atas alasan sikap sebenar selepas berumah tangga berbeza.

“Ada pasangan berkenalan bertahun-tahun sejak universiti, namun mampu bertahan tidak lebih tiga tahun. Apa lagi jika berkenalan di media sosial dan dalam tempoh singkat, pastinya lebih berisiko,” tegasnya.

Azizah menarik perhatian, perkahwinan  bukan berdasarkan di mana atau bagaimana anda dan pasangan bertemu, sebaliknya berlandaskan keikhlasan serta ketulusan, selain bekerjasama untuk memastikan hubungan kekal bertahan dengan baik.

“Masyarakat juga perlu mengubah sikap dan tidak skeptikal supaya mengelakkan soalan berbentuk peribadi, khususnya mengenai soal jodoh atau hal rumahtangga seseorang,” jelasnya.

Lazimnya, beliau berkata, masyarakat di negara ini apabila bertemu gemar mengajukan persoalan berkaitan jodoh, selain bilangan anak dan cucu dimiliki.

Beliau berkata di negara barat, ‘budaya’ itu dianggap sangat tidak sopan kerana ia bersifat peribadi dan tidak perlu ditanya.

“Masyarakat kita ini sebenarnya prihatin dan penyayang tetapi kena sedar soal jodoh adalah sangat personal.

“Sikap masyarakat ini juga menyebabkan ramai anak perempuan dan lelaki kalau sampai satu tahap umur dia tak kahwin, dia tak mahu pergi kenduri kahwin sebab dia kata tak larat jawab soalan mengenai jodoh,” katanya.

Pada masa sama, Aziah berkata, masyarakat di negara kita mungkin perlu kembali ke zaman lampau yang menyaksikan soal jodoh untuk anak dicari ibu bapa, tambahan pada masa ini sukar mempercayai keikhlasan seseorang dan ‘kejujuran’ kecanggihan teknologi.

“Mencarikan jodoh yang sekufu untuk anak perempuan sememangnya tanggungjawab bapa sebagai wali kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk masa depan anak,” katanya. - Getaran, 6 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 5 bulan yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

2

TARA 6 bulan yang lalu

Apa Hukum Cari Jodoh Di Media Sosial? Haram Atau Harus?

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Perkahwinan Bawah Umur Catat Peningkatan Di Sarawak - NGO

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jarang Menangis, Air Mata Scha Al Yahya Tumpah Saat Bercerita Tentang Mahligai Perkahwinan Yang Sudah 11 Tahun Dibina

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diugut Bunuh, Terima 2 Butir Peluru, Teresa Kok Buat Laporan Polis

oleh Diyana Nawwar

Sukan 22 jam yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM

Semasa 21 jam yang lalu

Seludup Diesel Di Sempadan: Malaysia Rugi RM1.2 Juta Sehari

oleh Rafisqi Radhi