web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 11:18AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun cuti umum sempena Tahun Baharu Cina dan hujung minggu berakhir hari ini, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih lancar dan terkawal setakat 10.30 pagi tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, situasi trafik itu dilihat di laluan dari arah utara dan selatan Lebuhraya Raya Utara Selatan, termasuk di Plaza Tol Sungai Besi.

Keadaan sama turut dilihat di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, termasuk di sekitar Plaza Tol Karak.

Manakala, di Lembah Klang, aliran trafik di semua laluan utama lebuh raya, termasuk di sekitar plaza tol berada dalam keadaan lancar dan terkawal.

LLM memaklumkan, terdapat kemalangan maut membabitkan motosikal yang terbabas di laluan Kilometer 223.6 arah utara Lebuhraya Utara Selatan, Kuala Kangsar-Changkat Jering kira-kira jam 9 pagi.

Kemalangan itu menyebabkan lorong kiri laluan ditutup, namun aliran trafik masih lancar dan terkawal di lokasi berkenaan.

Selain itu, terdapat kereta terbabas di laluan Kilometer 350.4 arah selatan LPT 2 Bukit Besi-Dungun, menyebabkan lorong kecemasan terhalang dan aliran trafik perlahan di kawasan berkenaan.

Menurut LLM, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik.

Selain itu, menerusi talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik. – Getaran, 6 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di PLUS Mulai Meningkat Menjelang Tahun Baharu Cina Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahun Baharu Cina: Aliran Trafik Bergerak Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi