web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelajar Bukan Kelas Peperiksaan Tidak Dibenar Kembali Ke Asrama

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 3:08PM

Radzi Jidin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelajar bukan dari kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama pada masa ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kumpulan pelajar itu perlu menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Katanya, keputusan berkenaan dilaksanakan sebagai usaha memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berada dalam keadaan selamat dan teratur, selain mengawal penularan virus itu.

“Kita akan terus pastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah, khususnya di asrama dipertingkatkan.

“KPM sudah meningkatkan pemantauan di sekolah bagi memastikan segala SOP dipatuhi dengan baik dan kita dapat kurangkan risiko jangkitan COVID-19,” katanya menerusi video dimuat naik di Facebook rasminya hari ini.

Radzi turut memberi peringatan kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak kembali ke sekolah sekiranya menunjukkan gejala COVID-19.

Jelasnya, tindakan itu penting bagi memastikan persekitaran sekolah yang selamat daripada jangkitan terbabit.

Beliau berkata, berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) sejumlah 118,238 kes COVID-19 direkodkan antara 1 Januari hingga 1 Februari lalu dengan 8,451 kes atau 7.15 peratus daripada jumlah itu membabitkan kluster pendidikan.

Manakala, katanya, baki jumlah berkenaan iaitu sebanyak 109,787 atau 92.85 peratus membabitkan lain-lain kluster.

“Pada masa sama, sebanyak 100 daripada 303 kluster atau 33 peratus yang direkodkan dalam tempoh sama adalah kluster pendidikan di bawah KPM.

“Sebanyak 86 kluster atau 28.38 peratus adalah institusi bukan bawah KPM,” katanya. - Getaran, 5 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

KPM Lanjut Pengecualian Sewaan Kantin - Radzi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad