web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangguh PLKS Atau Kami Terpaksa Tutup Kedai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 2:02PM

Sebahagian wakil pengusaha bot laut dalam mengadakan protes bagi membantah pelaksanaan PLKS di Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Keputusan kerajaan memperkenalkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) terhadap pengusaha bot nelayan laut dalam bakal menyaksikan ramai golongan itu terpaksa gulung tikar.

Langkah kerajaan melalui Jabatan Imigresen (JIM) untuk menguatkuasakan PLKS bagi pekerja asing atau kru bot nelayan laut dalam itu juga dianggap menambah beban penguasa terbabit, selepas kira-kira dua tahun perkhidmatan mereka tidak dapat beroperasi akibat pandemik COVID-19.

Md Yusseri Md Yusoff
Md Yusseri Md Yusoff

Pengerusi Pengusaha Bot Nelayan Laut Dalam Pahang, Md Yusseri Md Yusoff, 64, berkata jika sebelum ini semua urusan pengambilan pekerja asing dari Thailand dikendalikan Jabatan Perikanan, bermula awal tahun 2022 permohonan bagi mendapatkan kru bot perlu dilakukan melalui JIM, sekali gus meningkatkan kos pengusaha.

“Bayangkan kami memerlukan sehingga 20 kru bagi operasi sebuah bot dan seorang kru dikenakan bayaran RM1,400 untuk mendapat PLKS, di situ saja sudah berapa kos terpaksa kami tanggung.

“Itu belum syarat lain seperti kos perjalanan melalui laluan darat pekerja asing mencecah RM3,600 seorang dan kos kuarantin RM200 sehari untuk tujuh hari yang semua kami kena tanggung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai wakil pengusaha bot laut dalam dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mengadakan demonstrasi aman di Dewan Orang Ramai Kampung Peramu di sini, hari ini.

Demonstrasi itu diadakan bagi merayu kerajaan menangguhkan pelaksanaan PLKS, selain membuka sempadan untuk memudahkan kemasukan pekerja asing, khususnya kru bot nelayan laut dalam. 

Md Yusseri berkata, sekiranya pelaksanaan PLKS itu tidak ditangguh kerajaan, ia akan berisiko mengakibatkan ramai penguasa 'tutup kedai' kerana tidak mampu menanggung semua kos terbabit.

Che Ghazaib Che Man
Che Ghazaib Che Man

Seorang pengusaha bot laut dalam, Che Ghazaib Che Man, 58, turut kesal terhadap keputusan kerajaan memindahkan urusan bagi pengambilan pekerja asing daripada Jabatan Perikanan sebelum ini kepada JIM. 

"Kita tidak berdepan banyak masalah ketika pas lawatan pekerja diuruskan Jabatan Perikanan, tapi bila dah diambil alih (JIM), memang menyukarkan kami. 

"Kebanyakan pengusaha bot laut dalam menggunakan modal sendiri dan selama dua tahun kita tidak beroperasi, semua kerugian kami tanggung, tidak pernah minta bantuan daripada kerajaan,” katanya.

Che Ghazaib berkata, mereka perlu membelanjakan kira-kira RM300,000 untuk membaiki pukat dan kerja penyelenggaraan bot.

Malah, beliau menganggarkan pengusaha bot nelayan laut dalam di Pantai Timur perlu membelanjakan sekitar RM3.2 juta hanya untuk urusan PLKS bagi membawa masuk kira-kira 900 kru bot laut dalam dari Thailand. 

Justeru, katanya, sekiranya PLKS tidak ditangguhkan dalam tempoh setahun atau dua tahun akan datang, mereka bakal terjejas teruk.

Tengku Adnan Tengku Husin
Tengku Adnan Tengku Husin

Sementara itu, seorang lagi pengusaha bot laut dalam, Tengku Adnan Tengku Husin, 59, memberitahu cadangan melaksanakan PLKS pernah dibuat kerajaan pada tahun 2015, namun ditangguhkan selepas wakil pengusaha bot laut dalam dan persatuan nelayan seluruh negara mengadakan bantahan aman di Putrajaya. 

“Itulah kali terakhir kami dengar pasal PLKS dan awal tahun ini, sekali lagi kami dengar ia akan dilaksanakan,” katanya.

Tengku Adnan berkata, kumpulan itu sangat berharap kerajaan memberi pertimbangan dan mendengar rayuan mereka yang kebanyakannya adalah Bumiputera.

“Berilah kami kelonggaran, sudah hampir dua tahun bot kami tersadai disebabkan tidak ada pekerja, bukalah sempadan, Rantau Panjang, Pengkalan Kubur (Kelantan) dan Bukit Kayu Hitam (Kedah) supaya mudah untuk kami membawa masuk pekerja,” katanya yang mengakui hanya 20 peratus rakyat tempatan berminat bekerja sebagai kru bot laut dalam. - Getaran, 5 Februari 2022
 

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan