Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Demam, Lenguh Bahu Antara Kesan Sampingan Dialami Penerima PICKids

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 9:20AM

Persara tentera, Zulkifflee Abdul Latiff, 48, bersama menemani anaknya Muhammad Latiff Iskandar Zulkifflee, 10 tahun menerima vaksin di PPV WCTKL pada 3 Februari. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) yang dilaksanakan kerajaan khusus untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sejak semalam, menerima respon menggalakkan daripada ibu bapa.

Kebanyakan mereka nekad membawa anak menerima imunisasi COVID-19 itu sebagai ikhtiar demi keselamatan, meskipun pelbagai ‘dakyah’ dan pandangan membimbangkan dikeluarkan beberapa pihak bahawa vaksin berkenaan berisiko memberi keburukan terhadap kesihatan.

Justeru, sehari selepas menerima suntikan itu, Getaran mendapatkan reaksi ibu bapa dan penjaga bagi mengetahui perkembangan anak mereka, sama ada berdepan sebarang kesan sampingan atau sebaliknya.

Menceritakan pengalaman dua anaknya, Muhammad Latiff Iskandar Zulkifflee, 7, dan Muhammad Iskandar Zulqarnain Zulkifflee, 10 selepas menerima vaksin itu, seorang pesara tentera, Zulkifflee Abdul Latiff, 48, berkata hanya seorang daripada mereka menunjukkan sedikit kesan sampingan.

Zulkifflee Abdul Latiff
Zulkifflee Abdul Latiff

“Walaupun Muhammad Latiff Iskandar tidak menunjukkan gejala demam, dia mengadu kebas di bahu sebelah kiri selepas 30 minit menerima suntikan.

“Selepas dia mengadu lenguh di bahu kiri, saya dan isteri memberikan ubat demam malam tadi. Pagi tadi, keadaannya sudah baik,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas keadaan dialami Muhammad Iskandar pula, Zulkifflee berkata, anak bongsunya itu tidak mengalami sebarang kesan sampingan , malah gembira bermain seperti biasa.

“Muhammad Iskandar macam tidak ada apa-apa kesan dialami. Agaknya sebab daripada awal dia memang tidak takut, jadi alhamdulillah tidak mengalami sebarang kesan,” kata bapa kepada lapan cahaya mata itu.

Bagaimanapun, Zulkifflee berkata, dia tetap bersedia dan berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan kesan sampingan dialami kedua-dua anaknya dalam masa tiga hingga tujuh hari selepas pengambilan vaksin seperti disarankan kerajaan.

Menarik perhatian, Zulkifflee berkata, kesemua 10 ahli keluarganya sudah menerima vaksin COVID-19 dan bersyukur sehingga ke hari ini, dia dan keluarga masih dilindungi daripada virus maut itu.

Persara tentera, Zulkifflee Abdul Latiff, dan Isteri, bersama anaknya Muhammad Latiff Iskandar serta Muhammad Iskandar Zulqarnain.
Persara tentera, Zulkifflee Abdul Latiff, dan Isteri, bersama anaknya Muhammad Latiff Iskandar serta Muhammad Iskandar Zulqarnain.

Sementara itu, Nicholas, 38, yang enggan mendedahkan identiti berkata, anaknya yang berusia enam tahun mengalami demam panas dek kesan vaksin diterimanya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil.

Jelasnya, sebaik tiba di rumah, suhu badan anaknya meningkat dan demam beberapa jam selepas divaksin.

Namun, katanya, selepas diberikan ubat, suhu demam kanak-kanak itu menunjukkan penurunan, namun Nicholas sentiasa memantau keadaannya.

“Sedangkan kita yang dewasa pun ramai cerita mengalami kesan sampingan sehingga ada terbaring sahaja, inikan pula budak kecil,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihatkan ibu bapa supaya memainkan peranan dengan memaklumkan kepada anak masing-masing mengenai PICKids.

“Ibu bapa dan penjaga perlu kuatkan semangat anak-anak mereka semasa mengambil suntikan. Biasalah kanak-kanak ini akan berasa gelisah sebelum dan selepas disuntik.

“Ibu bapa juga perlu menasihatkan anak mereka supaya tidak melakukan aktiviti lasak selepas suntikan dalam tempoh seminggu,” katanya.

Berdasarkan rekod, seramai 517,107 kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun di negara ini sudah didaftarkan untuk menerima vaksin Pfizer COVID-19, setakat Rabu lalu.

Angka itu merangkumi kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan 3.6 juta kanak-kanak.

PICKids disasarkan kepada 4.1 juta kanak-kanak dengan program itu bermula di Lembah Klang sebelum diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara. - Getaran, 4  Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Malaysia Akan Terima 2.7 Juta Vaksin Bivalen Gantian Vaksin Hampir Luput

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM

Semasa 7 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam