web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lokman Belum Terima Tuntutan Saman KJ

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 6:11PM

Lokman berkata belum menerima sebarang dokumen tuntutan saman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan, beliau masih belum menerima sebarang dokumen tuntutan saman daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan kerajaan.

Katanya, dia juga tidak menerima apa-apa tuntutan yang mengarahkannya memadam dakwaan dikemukakan menerusi media sosial pada 10 Januari 2022.

“Saya masih menunggu lagi saman daripada Khairy Jamaluddin ini. Baik surat tuntutan, saya belum terima.

“Begitu juga dengan kenyataan kononnya saman sudah difailkan pada 25 Januari. Hari ini dah Februari, saya masih belum terima,” katanya menerusi video berdurasi 55 minit 22 saat dimuatnaik di Facebook.

Terdahulu, Khairy dilapor sudah memfailkan saman fitnah terhadap Lokman dan penceramah bebas, Mohd Rasyiq Mohd atau lebih dikenali Abu Syafiq.

Difahamkan saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari lalu.

Saman itu difailkan Khairy susulan Lokman dan Abu Syafiq memuat naik video, gambar serta tulisan di media sosial yang mempersoalkan beberapa isu dianggap sensitif mengenai isu vaksin COVID-19.

Tindakan diambil Ahli Parlimen Rembau itu adalah bagi menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, selain mendapatkan perintah mahkamah supaya status dimuatnaik mereka dipadam.

Beliau juga menuntut kedua-dua mereka membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial dan beberapa portal berita.

Mengulas lanjut, Lokman berkata apa dibangkitkannya itu sebelum ini hanya persoalan untuk meminta penjelasan Khairy, tidak lebih daripada itu.

“Sebagai aktivis masyarakat sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membangkitkan isu yang menjadi perhatian rakyat dan meminta menteri terlibat jawab,” katanya.

Dalam pada itu, Lokman berkata, memandangkan tiada sebarang dokumen diterima daripada pihak Khairy, beliau masih tidak mengetahui secara jelas mengenai isu sebenar dibangkitkan.

“Saya bersedia untuk menjawab sebarang persoalan berbangkit sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah,” katanya.

Manakala, Mohd Rasyiq menerusi kenyataan semalam, berkata beliau akan mengemukakan saman balas sebanyak RM500 juta terhadap Khairy. - Getaran, 4  Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad