web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Diramal Hujan Lebat April Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 11:54AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor diramal mencatatkan jumlah hujan tinggi pada April ini dengan paras purata kuantiti air sekitar 230 hingga 350 milimeter (mm).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), berkata negeri itu juga dijangka menerima taburan hujan sederhana pada Mac ini, iaitu sekitar 200 hingga 300mm.

Menurutnya, taburan hujan sama diramalkan pada Februari, Mei, Jun dan Julai, iaitu pada paras purata 110 hingga 250mm.

“Berdasarkan tinjauan cuaca jangka panjang bagi Februari hingga Julai, kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan antara tiada hujan hingga 250mm, Mac (100 hingga 350mm), manakala April (50 hingga 400mm).

“Keadaan cuaca dijangka dipengaruhi fasa Monsun Barat Daya pada Mei yang menyaksikan kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100 hingga 350mm kecuali di Melaka, Pahang (Pekan dan Rompin) dan Johor antara 50mm hingga 200mm,” katanya hari ini.

Agensi kaji cuaca itu memaklumkan, pada Jun dan Julai ini, kebanyakan negeri di Semenanjung menerima hujan pada paras purata antara 100 hingga 300mm.

“Mengikut skala mm, paras rendah taburan hujan antara 0-100, sederhana (100-300), tinggi (300-500) dan sangat tinggi (lebih 500),” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia meramalkan luruan angin timuran dijangka berlaku di rantau negara sehingga 8 Februari ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di timur Sabah dan barat Sarawak antara 5 hingga 7 Februari.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) juga dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan dan Laut Suli berkuasa sehingga 7 Februari depan,” katanya.

Pada masa sama, MetMalaysia menjangkakan cuaca lembab dengan hujan berlaku di daerah pesisir pantai di negeri Pantai Timur pada sebelah pagi.

“Negeri Pantai Barat pula seperti Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang.

“Keadaan cuaca panas turut dijangka berlaku di utara Semenanjung Malaysia,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja