web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Selamat 17, Terengganu Catat 187 Kemalangan, 3 Kematian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 8:52PM

Pelaksanaan Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina yang berakhir semalam menyaksikan 187 kes kemalangan dengan tiga kematian direkodkan di Terengganu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 187 kemalangan dengan tiga kematian direkodkan di Terengganu sepanjang enam hari pelaksanaan Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina, yang berakhir semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Superintenden Ismail Man berkata, jumlah kemalangan meningkat tujuh peratus atau 13 kes berbanding tempoh sama dalam Op Selamat 16 tahun lepas.

“Bagaimanapun, kadar kematian kekal sama seperti tahun sebelumnya,” katanya hari ini.

Mengikut rekod, Kuala Terengganu mencatatkan jumlah nahas tertinggi iaitu 52 kes, diikuti Kemaman (48), Dungun (23), Besut (21), Marang (17), Hulu Terengganu (14) dan Setiu (12).

Pada masa sama Ismail berkata, jumlah saman yang dikeluarkan juga meningkat 21 peratus bersamaan 2,116 berbanding tempoh sama dalam Op Selamat 16.

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak 12,257 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan 2,461 merupakan Pol 257 manakala 9,796 lagi Pol 170A,” katanya.

Katanya, JSPT turut menjalankan beberapa siri operasi penguatkuasaan termasuk Op Had Laju, Op Lampu Isyarat, Op Motosikal, Op Samseng Jalanan, Op Lancar dan Op Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Dalam operasi berkenaan, sebanyak 11 tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan, manakala 25 motosikal disita mengikut Seksyen 64, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad