web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


251 PPV Di Sabah Sedia Vaksin COVID-19 Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 6:35PM

Dr Rose Nani (kanan) ketika melawat PPV Tuaran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak 251 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disahkan terlibat dalam pemberian vaksin untuk kanak-kanak di seluruh negeri, sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, jumlah itu membabitkan hospital kerajaan dan swasta yang terdapat di negeri ini.

“JKNS membenarkan ibu bapa untuk datang secara ‘walk-in’ di semua PPV berkaitan.

“Justeru ibu-bapa yang belum mendaftar vaksinasi untuk anak-anak mereka tidak perlu bimbang, boleh datang terus ke hospital atau klinik di tempat anda,” katanya, di sini, hari ini.

Dr Rose Nani berkata, semua petugas di 251 PPV seluruh negeri adalah terlatih untuk melakukan pemberian vaksin kepada kanak-kanak.

Datuk Dr Rose Nani Mudin
Datuk Dr Rose Nani Mudin

“Dalam masa sama, JKNS juga bersedia datang ke sekolah yang membuat permohonan pemberian vaksin di tempat mereka.

“Setakat ini, hanya vaksin jenis Pfizer disediakan mengikut dos yang telah ditetapkan,” katanya.

Menurut beliau, rekod menunjukkan kanak-kanak yang belum layak divaksin adalah antara golongan paling ramai dijangkiti COVID-19 di Sabah.

“Pemberian vaksin untuk kanak-kanak ini dilihat dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan mereka,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Getaran mendapati, suasana di PPV Dewan Masyarakat Tawau masih lengang, memandangkan PICKids dijangka bermula esok secara serentak di peringkat daerah Tawau. - Getaran, 3 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran