web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Feri Rosak, Air Surut Punca Kekecohan Terminal Feri Langkawi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 5:12PM

Kesesakan di Terminal Feri Penumpang Langkawi setelah perjalanan feri menuju ke Kuala Perlis ditunda dari 2.30 petang ke 10.30 malam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Kekecohan di Terminal Feri Penumpang Langkawi seperti tular di media sosial semalam, dipercayai berlaku setelah feri yang sepatutnya bertolak ke Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis pada 2.30 petang, terpaksa ditunda ke jam 10.30 malam.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, penundaan selama lapan jam itu tidak dapat dielak berikutan kerosakan feri, selain faktor air surut yang dikhuatiri membahayakan penumpang serta kru yang lain.

Menurutnya, ada dalam kalangan penumpang yang tidak dapat menerima penjelasan tersebut hingga berlaku kekecohan seperti ditularkan dalam media sosial.

“Pada awalnya ‘Feri Star City 6’ yang sepatutnya membawa 423 penumpang dari Langkawi ke Kuala Perlis pada jam 2.30 mengalami kerosakan. Kemudiannya air laut pula mula surut pada jam 3.30 petang.

“Disebabkan itu, kita terpaksa menunda jadual perjalanan ke jam 10.30 malam dengan menggunakan feri pengganti iaitu ‘Bahagia 99’ yang boleh membawa 555 penumpang.

“Namun ada dalam kalangan penumpang tidak dapat menerima penjelasan tersebut lalu memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kru feri,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Menerusi klip video yang tular di Facebook dan aplikasi TikTok, berlaku perang mulut antara penumpang dan kru feri tersebut hingga hampir menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak.

Mengulas lanjut katanya, lumpur yang terlalu banyak di Terminal Feri Kuala Perlis pada waktu ini menyebabkan keadaan tidak selamat kepada feri untuk berlabuh di kawasan tersebut  ketika air surut.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, feri penumpang dari Kuala Perlis tidak ‘berjalan’ sedangkan feri pengangkutan (RORO) terus beroperasi.

“Keadaan itu menyebabkan lumpur dari terminal RORO ditolak ke terminal feri penumpang.

“Jika dulu feri penumpang boleh ‘masuk’ ke terminal dengan kedalaman air cuma satu meter, tetapi kini kita memerlukan kedalaman 1.6 meter ke atas untuk berlabuh di terminal tersebut.

“Jika tidak feri akan tersangkut pada lumpur dan keadaan itu tentunya membahayakan penumpang serta kru,” katanya.

Begitu pun katanya, beliau difahamkan pihak Jabatan Laut sudah pun mengeluarkan tender untuk kerja-kerja pengerukan lumpur di kawasan tersebut.

“Ada yang persoalkan juga jika lumpur tinggi, mengapa RORO masih terus beroperasi dan feri penumpang tidak boleh?

“Jawapannya kerana reka bentuk feri itu sendiri. Reka bentuk RORO yang leper membolehkannya untuk berlabuh di kawasan-kawasan sedemikian dan keadaan itu berbeza dengan reka bentuk feri penumpang,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad