web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Selamat Tahun Baharu Cina 2022 Kutip Saman RM1.3 Juta 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 8:58PM

Sebanyak 4,279 saman dikeluarkan polis trafik Melaka menerusi Op Selamat Tahun Baharu Cina 2022 sejak 28 Januari hingga semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Op Selamat Tahun Baharu Cina 2022 yang dilaksanakan sejak lima hari lalu berjaya mengutip saman dengan nilai mencecah RM1.3 juta, membabitkan pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kutipan berjumlah RM1.28 juta itu diperoleh hasil daripada 4,279 saman dikeluarkan pihaknya dari 28 Januari sehingga semalam.

"Dalam tempoh itu juga sebanyak 226,178 kenderaan direkodkan masuk ke negeri ini dengan purata setiap hari sebanyak lebih 42,000.

"Jumlah saman dikeluarkan menunjukkan peningkatan sebanyak 366, berbanding Op Selamat 16 dengan 3,137 kenderaan diperiksa melalui operasi dan sekatan," katanya selepas menjalankan Op Selamat 17 di Plaza Tol Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hasan Basri Yahya memeriksa kenderaan yang melalui Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka.
Hasan Basri Yahya memeriksa kenderaan yang melalui Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka.

Menurut beliau, sepanjang tempoh itu juga sebanyak 261 nahas dilaporkan, termasuk satu kemalangan maut.

"Daripada jumlah itu sebanyak 56 kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat dengan 10 dilaporkan parah, manakala 46 lagi mangsa mengalami kecederaan ringan.

"Dari sini kita dapat lihat betapa masyarakat kurang sabar ketika berada di jalan raya apabila cuba 'mengejar' lampu merah," katanya.

Mengulas lanjut Hasan Basri berkata, sembilan tangkapan juga turut dibuat  sepanjang Op Selamat 17 kali ini.

"Tangkapan itu membabitkan masing-masing tiga dalam Ops Mabuk dan samseng jalanan, manakala dua untuk kes dadah serta satu lagi tangkapan melibatkan penggunaan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Sehingga hari ini, aliran keluar masuk ke Melaka masih bertali arus dan dijangka berterusan untuk beberapa hari lagi sempena sambutan Tahun Baharu Cina. - Getaran, 2 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad