web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Komitmen Kerajaan Tangani Isu Bekalan Makanan Terima Pujian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 8:40PM

BRO menyambut baik komitmen NACCOL untuk menyelesaikan isu bekalan serta pengeluaran makanan terutamanya ayam dan telur. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan dalam menyelesaikan isu bekalan serta pengeluaran makanan terutamanya ayam dan telur terus menerima reaksi memberangsangkan.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, komitmen yang diterjemahkan melalui keputusan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Khas Sara Hidup Negara (NACCOL) itu amat dihargai.

Menurut beliau, keputusan kerajaan membuka permit import ayam kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) dan pengusaha pasar raya besar (hypermarket) adalah tanda prihatin mereka terhadap beban yang ditanggung rakyat.

"Kerajaan juga telah menurunkan harga runcit maksimum bagi ayam standard, menjadikan harga siling ditetapkan pada RM8.90.

"Bagi memastikan penternak ayam tempatan kekal berdaya saing, BRO harap kerajaan dapat memuktamadkan pada kadar segera langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada mereka," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad berkata, kesungguhan ditunjukkan kerajaan jelas membuktikan keseriusan mereka dalam menangani isu kenaikan harga barangan di peringkat global.

"Saya yakin rakyat dan peniaga akan menerima manfaat dengan keputusan yang dibuat ini," katanya.

Terdahulu, kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi ayam standard sebanyak RM8.90 sekilogram, iaitu pengurangan 20 sen daripada harga siling sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga telur ayam semua gred kekal mengikut Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.

Menurut beliau, kerajaan juga akan memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal. - Getaran, 2 Februari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 2 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad