web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Wajar Longgar SOP PRN Johor Ketika Negara Dibadai Gelombang Omicron

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 8:14AM

PRN Melaka yang diadakan pada 20 November tahun lepas diadakan dengan SOP yang ketat dan menyaksikan calon berkempen menerusi media sosial, tanpa bersemuka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas Pilihan Raya Negeri (Sarawak), negara dikejutkan dengan satu lagi krisis politik yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor 22 Januari lalu.

Pembubaran itu dibuat selepas kerajaan Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang.

Ini susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar pada 21 Disember lalu.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berkenaan membubarkan DUN Johor pada 23 Januari lalu, sekaligus memberi laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Kelmarin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap sekatan COVID-19 dilonggarkan pada PRN Johor supaya lebih banyak aktiviti kempen di lapangan dapat dilakukan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya masih berbincang mengenai prosedur operasi standard (SOP) dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi berharap syor tersebut dipersetujui.

Sebelum ini, kebimbangan penularan jangkitan COVID-19 menyaksikan SOP PRN Sarawak diperketatkan dengan aktiviti ceramah hanya dibenarkan di 64 kawasan yang mempunyai liputan internet lemah.

Syor agar SOP PRN Johor dilonggarkan bagi memberi sedikit kebebasan kepada calon dan jentera parti untuk berkempen turut mendapat bantahan pakar kesihatan. 

Dr Malina Osman
Dr Malina Osman

Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, kerajaan tidak seharusnya melonggarkan SOP pada PRN Johor.

Sebaliknya menurut beliau, SOP sewaktu PRN Sarawak bulan lalu perlu digunapakai pada PRN Johor yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“Berdasarkan pola kes menaik dan ancaman Omicron, SOP PRN Johor perlu mengambil templat PRN Sarawak.

“Mengambil kira situasi semasa dan keselamatan pengundi dan calon serta petugas-petugas pilihan raya, sebarang kelonggaran (SOP) tidak disyorkan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Katanya, sebarang aktiviti berisiko yang berpotensi menyebarkan jangkitan COVID-19 harus dielakkan.

“Ini termasuklah semua aktiviti yang melibatkan interaksi sosial dari hari penamaan calon, pendaftaran dan juga kempen.

“Harus diingat SOP semasa hari dan pengumuman pemenang juga perlu dititikberatkan,” katanya.

Jelas Dr Malina, gelombang baharu COVID-19 dikhuatiri akan tercetus sekiranya SOP pada PRN Johor dilonggarkan.

“Dari segi kesihatan awam, risiko ledakan kes boleh berlaku seandainya pematuhan SOP yang sepatutnya tidak dilaksanakan.

“Sama ada ia akan menjejaskan persediaan sambutan Aidilfitri, semuanya bergantung kepada data semasa,” katanya.

Justeru beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan pada tahap tertinggi.

“Lindungi diri dan keluarga. Pastikan sudah mendapatkan dos penggalak dan kerap melakukan ujian saringan kendiri terutama apabila terdedah dengan aktiviti interaksi sosial,” katanya.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, sebarang cadangan untuk melonggarkan SOP tertentu pada PRN Johor tidak perlu diendahkan.

Katanya, semua pihak perlu mematuhi SOP yang ditetapkan sebagaimana di PRN Sarawak dan juga PRN Melaka bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.

“Perebutan kuasa tidak berkesudahan ini menjejaskan tumpuan terhadap usaha menangani COVID-19 yang diramal akan terus melonjak jika kita terus leka.

“Saya bimbang jika berlaku lonjakan kes selepas ini, tidak mustahil ia akan memberi tempias terhadap persediaan sambutan Aidilfitri. Walaupun Perdana Menteri beri jaminan tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung, apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Terdahulu, SPR memaklumkan akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari depan bagi menentukan tarikh penting seperti hari penamaan awal, mengundi awal dan mengundi biasa bagi PRN Johor.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan tarikh bagi writ pilihan raya dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi mendepani PRN berkenaan. - Getaran, 2 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad