web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor, Anak Tempatan Di Seberang Tambak Rayu Kesempatan Mengundi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 8:32AM

Dianggarkan kira-kira 200,000 pengundi Johor yang bekerja di Singapura layak mengundi pada PRN ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Rakyat Malaysia yang mengundi di Johor sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang menjalankan tanggungjawab membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Selain dilakar sebagai sejarah, ia juga dilihat sebagai medium utama untuk menyuarakan pilihan rakyat, dalam menentukan barisan kepimpinan bagi mentadbir negeri.

Namun begitu, kira-kira 200,000 pengundi Johor kini masih 'terkandas' di Singapura atas pelbagai urusan dan gagal pulang ke negeri asal kerana terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) penularan COVID-19.

Hashim Mohd Serman
Hashim Mohd Serman

Seorang pengundi, Hashim Mohd Serman, 58, berkata, biarpun kecewa apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan ketika rakyat memerlukan perhatian, dia tetap bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Bagaimanapun katanya, dia berharap ada penyelesaian boleh diusahakan kerajaan untuk memudahkan mereka yang terkandas di Singapura sejak sekian lama tidak terlepas peluang memilih pemimpin dikehendaki.

"Kecewa (berlaku pembubaran DUN) memang kecewa sebab rakyat perlu lebih banyak perhatian, pemimpin pula lebih risaukan politik.

"Saya harap ada satu usaha untuk kami di Singapura ini turut sama mengundi. Mungkin nak pulang itu susah kerana banyak SOP perlu dipatuhi, tetapi, jika dibenarkan undi pos juga ia satu langkah yang baik," katanya.

Hashim yang kini menetap di Attap Valley Road, Singapura kerana bekerja di sana sudah hampir dua tahun tidak pulang ke Johor.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Terdahulu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir melahirkan kebimbangan terhadap hak mengundi kira-kira 200,000 rakyat Johor yang bekerja di Singapura jika dihalang untuk pulang ke negara ini.

Beliau mengharapkan kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berlaku adil dan telus dalam memastikan proses demokrasi dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Berhubung isu itu, Akmal Nasrullah mencadangkan supaya Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat dibuka, khas bagi membolehkan lebih ramai pengundi dibenarkan pulang.

"Jika dari segi logistik ia terlalu menekan kedua-dua negara, AMK cadangkan supaya Pusat Mengundi Khas dibuka di republik itu bagi membolehkan rakyat Johor mengundi.

"Pusat mengundi khas ini boleh diselia SPR, dengan ejen parti politik dibenarkan memantau proses pengundian dan memastikan perjalanan balik peti undi dilakukan secara telus serta terbuka," katanya 

Jelas beliau, kerajaan dan SPR perlu memastikan hak semua rakyat untuk mengundi dihormati. 

"Ia adalah kepentingan negara dan dijamin perlembagaan," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat AMK Negeri Johor di sini, semalam.

Kelmarin, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mencadangkan SPR untuk mewujudkan satu kaedah undi pos bagi membolehkan pengundi Johor di Singapura turut sama mengundi.

Hassan berkata, inisiatif berkenaan akan membolehkan rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang mengundi menunaikan tanggungjawab mereka. - Getaran, 31 Januari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar