Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Projek Bahaya, Ganggu Privasi Penduduk, Teringin@Sentral Terus Terima Bantahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 3:18PM

Penduduk Villa Scott membuat bantahan di tapak pembinaan Terigin@Sentral di Jalan Scott Brickfields Kuala Lumpur. - Gambar oleh Mastura Malak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa bertindak tegas, termasuk mengeluarkan serta merta notis menghentikan projek pembangunan 38 tingkat di Jalan Scott Brickfields yang dimiliki syarikat pemaju Teringin Sentral Sdn Bhd.

Projek dikenali sebagai Teringin@Sentral itu didakwa tidak selamat, dan membahayakan keselamatan penghuni di Scott Sentral dan Villa Scott yang terletak berhampiran.

Ketua Jawatan Kuasa Bantah Teringin@Sentre, Stephanie Koh berkata, tindakan kerajaan meluluskan pembangunan projek berkenaan amat dikesali walaupun ia menerima pelbagai bantahan.

Lebih menyebalkan jelas beliau, semua bantahan berkenaan bagaikan mencurah air ke daun keladi, apabila ia sama sekali tidak diendahkan pihak berwajib.

Projek tersebut tegas Stephanie, hanya akan mengundang bahaya jika diteruskan, malah tidak sesuai dibangunkan ekoran keadaan jalan yang sempit dan mengganggu penghuni di kediaman berhampiran.

“Lot 635 ini hanya mempunyai keluasan seperti sebuah gelanggang tenis dengan status tanah telah ditukar kepada komersial.

“Sebelum ini ia hanya digunakan sebagai tempat letak dan mencuci kereta namun telah ditutup selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian selepas sidang media membantah Projek Teringin Sentral yang diadakan di Villa Scott di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Villa Scott, Dr Eratha Krishnan berkata, projek tersebut telah bermula pada November 2021 dan sejak itu, penduduk diganggu pencemaran bunyi yang berterusan.

Dr Eratha Krishnan
Dr Eratha Krishnan

“Kita ingat tidak ada apa-apa projek apabila rancangan sebelum ini telah dibatalkan. Kita telah luahkan kebimbangan, apatah lagi kedudukan tempat ini yang sentiasa sibuk. Lagi pun ada empat kuil di sini, ramai yang datang dan sentiasa sesak.

“Bayangkan, jika bangunan 38 tingkat dibina di sini, apa yang akan terjadi? Adakah ini selamat? Adakah ini baik untuk persekitaran dan penduduk setempat,” katanya, berang.

Pendapat sama turut disuarakan Pushpaneela Suppiah, yang mendakwa tapak pembinaan projek itu terlalu kecil dan tidak sesuai dibangunkan, malah mengundang bahaya kerana melibatkan penggunaan kren.

“Ia sangat tidak sesuai sebab kondominium kami terletak bersebelahan dengan projek berkenaan dan ada kenderaan seperti kereta atau motosikal yang lalu lalang di kawasan tersebut.

“Cuma bayangkan sekiranya dalam proses pembinaan, ada berlaku kemalangan melibatkan kren atau sebagainya, malah ia terletak di tengah-tengah kediaman, antara Villa Scott dan Scott Sentral,” tegasnya.

Dr Eratha Krishnan menunjukkan kren yang diletakan bersebelahan dengan perumahan Villa Scott dan Scott Sentral. - Gambar oleh Mastura Malak
Dr Eratha Krishnan menunjukkan kren yang diletakan bersebelahan dengan perumahan Villa Scott dan Scott Sentral. - Gambar oleh Mastura Malak

Pushpaneela berkata, projek terbabit juga menceroboh privasi penduduk di kondominium bersebelahan.

“Villa Scott sudah berusia lebih 20 tahun dan Scott Sentral berusia lebih sedekad, malah tanah terbabit terlalu kecil dan  dekat dengan perumahan sedia ada,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa (AJK) MUDA Wilayah Persekutuan, Zulfadzli Ridzuan turut menggesa agar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan keselamatan penduduk.

AJK MUDA Wilayah, Zulfadzli Ridzuan
AJK MUDA Wilayah, Zulfadzli Ridzuan

“Saya harap YB Shahidan Kassim turun padang dan lihat sendiri apa yang menjadi kebimbangan penduduk di kawasan ini.

“Sekiranya projek ini masih diberikan kebenaran untuk dibangunkan, dan berlaku kemalangan melibatkan penduduk, ia akan menjadi isu yang lebih besar,” tegasnya.

Menurut Zulfadzil, pembangunan projek berkenaan pada awalnya dimulakan pada 2016, namun dihentikan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas menerima bantahan ramai.

Namun kali ini, projek Teringin@Sentral itu kembali mendapat kelulusan, malah pembinaannya juga sudah dimulakan tanpa sebarang rundingan dengan penduduk setempat. - Getaran, 29 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Bantahan Desak Washington Henti Serangan Di Rafah

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Semangat Setiakawan Penduduk London

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Projek PSI: Kerajaan Sedia Dengar Keluhan, Bantahan Nelayan - PM Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Najib Gagal Gugurkan Hakim Mahkamah Rayuan Dengar Permohonan Semakan Keputusan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Semasa 3 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC