web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Gagal Gugurkan Hakim Mahkamah Rayuan Dengar Permohonan Semakan Keputusan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 7:14PM

Najib Tun Razak dalam usaha untuk membatalkan keputusan dibuat lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam usahanya untuk menggugurkan hakim Mahkamah Rayuan daripada menganggotai panel hakim yang mendengar permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang mengekalkan sabitan serta hukuman terhadapnya kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli berkata mahkamah tidak diyakinkan dengan hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa Hakim Datuk Abu Bakar Jais, yang merupakan hakim Mahkamah Rayuan seharusnya menarik diri daripada mendengar permohonan semakan itu.

“Pada pandangan kami, undang-undang adalah jelas bahawa Ketua Hakim Negara (Tun Tengku Maimun Tuan Mat) diberikan kuasa budi bicara untuk melantik hakim Mahkamah Rayuan (Abu Bakar) untuk menganggotai panel Mahkamah Persekutuan, menurut Perkara 122 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Atas alasan yang sama, kami menolak hujah bahawa Hakim Abu Bakar tidak sepatutnya terlibat dalam pendengaran permohonan semakan ini.

"Oleh itu, bantahan awal ditolak. Kami akan terus mendengar permohonan itu," kata Abdul Rahman.

Hakim lain dalam panel itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.

Terdahulu, Muhammad Shafee mengemukakan bantahan awal atas alasan Abu Bakar tidak sepatutnya berada dalam panel hakim untuk mendengar permohonan itu.

Beliau mahu hakim itu menarik diri, dengan menyatakan bahawa hanya hakim Mahkamah Persekutuan yang sepatutnya menjadi panel hakim dalam prosiding semakan tersebut.

Muhammad Shafee berkata mengikut Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman 1974, komposisi hakim Mahkamah Persekutuan mestilah terdiri daripada semua hakim Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berhujah bahawa pengaturan untuk memilih hakim Mahkamah Rayuan dibenarkan di bawah Perkara 122 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Tambahan pula, beliau berkata Tun Tengku Maimun telah memenuhi keperluan Perkara 122 dengan pemilihan Abu Bakar sebagai anggota panel hakim.

Najib dalam usaha untuk membatalkan keputusan dibuat lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 5 Hakim

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

3

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan, Kedudukan Perlembagaan Persekutuan - Sultan Selangor

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad