web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nahas Lori Kontena, Laluan KL-Karak, PLUS Arah Utara Sesak Teruk

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 2:39PM

Trafik sesak dari Tapah ke Gopeng berikutan kemalangan melibatkan sebuah treler.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dari Kuala Lumpur menghala Karak sesak berikutan kemalangan membabitkan beberapa kenderaan termasuk sebuah lori kontena.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan berlaku di Kilometer (KM) 40 arah Timur dekat Genting Sempah menyebabkan lorong tengah dan kanan terhalang.

“Terdapat kemalangan lori kontena dan kereta di laluan Genting Sempah-Bukit Tinggi (KM40 arah Kuantan). Lorong kanan dan tengah terhalang.

“Trafik sesak sepanjang 20.5KM Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Bukit Tinggi. Hati-hati memandu,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Pengendali LPT sebelum ini memaklumkan, berikutan peningkatan aliran trafik buat masa ini, pengguna laluan Lebuh Raya KL-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) diingatkan untuk merujuk semula Jadual Cadangan Perjalanan (TTA)  menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) turut memaklumkan, aliran trafik arah Utara dari Tapah menghala Gopeng sesak susulan kemalangan melibatkan sebuah treler membawa muatan cerucuk konkrit, pagi tadi.

“Status terkini kemalangan KM302.4 arah Utara dari Tapah ke Gopeng. Lorong kanan masih terhalang. Trafik sesak. Pandu berhati-hati,” katanya.

Menurut Twitter @LLMinfotrafik, setakat jam 1 tengah hari ini, lorong kanan arah Utara dan lorong tengah dan kanan arah Selatan ditutup untuk kerja pengalihan kemalangan.

“Trafik sesak kedua-dua arah. Pandu berhati-hati,” katanya. - Getaran, 29 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad