Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peralihan Fasa Endemik, Bersediakah Kita?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 9:00AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pejam celik, sudah hampir tiga tahun negara bergelut dengan wabak COVID-19.

Jika sebelum ini kita diuji dengan varian Delta, kali ini rakyat Malaysia terpaksa berdepan gelombang Omicron yang sudah mula bertapak di negara ini.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan kes membabitkan varian itu dijangka meningkat, tetapi keadaan mampu dikawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang COVIDNOW, seramai 22,920,175 atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa sudah lengkap menerima vaksin COVID-19, setakat semalam.

Seramai 23,197,884 atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 11,327,531 atau 48.4 peratus individu dewasa pula sudah diberikan suntikan dos penggalak.

Situasi terbaharu itu menimbulkan 1,001 persoalan mengenai tahap persediaan rakyat, khususnya dalam mengharungi fasa endemik yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, peralihan negara dari fasa pandemik ke endemik disifatkan amat mencabar untuk dicapai ketika ini.

Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat
Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat

Katanya, kes positif harian COVID-19 masih lagi kekal empat angka walaupun kadar vaksinasi golongan dewasa di negara ini sudah melebihi 80 peratus.

“Proses peralihan itu saya rasa amat mencabar. Kita ibarat ambil risiko kerana virus ini sentiasa bermutasi.

“Boleh jadi proses itu menyebabkan Omicron lebih kuat atau lemah. Jadi terlalu banyak ketidakpastian mengenai varian ini.

“Kebanyakan pakar di luar negara berpendapat Omicron memberi petanda kita akan mencapai fasa endemik.

“Tapi harus diingat kes kematian di Amerika Syarikat (AS) disebabkan varian itu meningkat sejak kebelakangan ini,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Justeru Dr Halimatus Sakdiah berkata, kerajaan perlu melakukan persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya krisis endemik sekiranya mahu beralih ke fasa endemik.

“Ya, kita boleh pertimbang pertukaran fasa (endemik) tapi pada masa sama kena bersedia menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes secara mendadak.

“KKM khususnya perlu melakukan pemantauan rapi dari segi bilangan kes, tahap keseriusan (pesakit), kadar kemasukan ke hospital dan jumlah pemberian dos penggalak,” katanya.

Katanya, kunci utama kelancaran proses tersebut adalah mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pengambilan suntikan dos penggalak.

“Kita pun tahu umrah dibenarkan semula dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pula bakal diadakan dalam masa terdekat. Jadi dikhuatiri kes jangkitan akan meningkat.

“Jadi cara terbaik adalah menggalakkan orang ramai untuk mengambil vaksin atau dos penggalak daripada mengenakan semula sekatan pergerakan dan juga mengehadkan pelbagai aktiviti,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berpendapat, tempoh penangguhan peralihan ke fasa endemik perlu dilanjutkan berikutan negara sudah dilanda gelombang Omicron.

“Kita belum bersedia sekarang. Insya Allah mungkin dalam tempoh tiga atau enam bulan lagi. Sekarang masih ramai yang dimasukkan ke hospital dan ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Walaupun keadaan masih terkawal, ia dikhuatiri boleh menjadi satu wabak besar jika tiada tindakan susulan dilakukan kerajaan dan masyarakat,” katanya.

Beliau malah memberi bayangan, kes jangkitan varian Omicron akan melonjak naik dalam tempoh enam bulan akan datang berikutan kelonggaran sekatan pergerakan ke luar negara dan beberapa perayaan yang berlangsung dalam tempoh itu.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

“Minggu depan kita ada perayaan Tahun Baharu Cina, selepas itu umrah juga dibenarkan semula. Kemudian sambutan Aidilfitri pula.

“Bila Perdana Menteri umum tiada sekatan balik raya kali ini, sudah tentu ramai akan balik kampung. Jadi bila ramai keluar rumah, sudah tentu kes akan naik.

“Namun lonjakan kes jangkitan dapat dielakkan, kadar kematian dan kemasukan ke wad juga tidaklah seteruk dulu jika orang ramai ambil suntikan dos penggalak mereka,” katanya.

Pada masa sama, Dr Sharifa Ezat turut menasihati orang ramai supaya tidak mengambil mudah jangkitan Omicron kerana kesannya tetap bahaya kepada mereka yang belum divaksinasi dan juga golongan rentan.

“Jadi kita perlu bersedia dengan meningkatkan sistem imuniti dan perbaiki kesihatan diri supaya kekal sihat dan tidak terbeban dengan penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung.

“Seeloknya ambillah dos penggalak kerana ia dapat melindungi kita daripada kesan jangkitan yang lebih teruk.

“Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga perlulah berada pada tahap tertinggi,” katanya. - Getaran, 29 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 3 minit yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Politik 9 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB