web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4WD Langgar Lampu Merah, 4 Beranak Nyawa Melayang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 9:26PM

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dimana empat daripada lima sekeluarga maut Jalan Kampung Lebu-Mempaga, dekat Bentong petang tadi. - Gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Angkara seorang pemandu pacuan empat roda (4WD) yang melanggar lampu merah, nyawa empat beranak melayang apabila kenderaan mereka dirempuh dalam nahas di Kilometer 2, Jalan Kampung Lebu-Mempaga, dekat Bentong petang tadi.

Nahas berkenaan berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan bagi menghadiri majlis perkahwinan di ibu negara.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, tindakan pemandu 4WD jenis Nissan Navara itu melanggar lampu isyarat merah membuatkan kenderaannya merempuh Toyota Vellfire dinaiki lima beranak berkenaan.

Menurut beliau, kejadian kira-kira jam 3 petang itu menyaksikan ibu bersama tiga anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya mengalami kecederaan pada bahagian tangan kiri.

“Pemandu Toyota Vellfire dikenali sebagai Mohd Nazri Hamid, 43 tahun dan bekerja sebagai guru di Gua Musang, Kelantan.

“Mangsa yang maut dalam kemalangan itu ialah isteri Mohd Nazri, Raihan Mohamad, 43 tahun dan tiga anak mereka, Ahda Imtinan berusia empat tahun, Ahmad Muaz, tujuh tahun dan Ahda Dalili, 14 tahun,” katanya di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, pemandu 4WD tersebut dikenali sebagai Ahmad Fuad Mohammad Salleh, 43 tahun dari Karak, Bentong dan mengalami kecederaan dalaman di bahagian kepala.

Jelas beliau, keterangan saksi dan siasatan awal mendapati, 4WD dipandu Ahmad Fuad dikatakan tidak berhenti selepas lampu isyarat bertukar merah dan melanggar kenderaan dipandu Mohd Nazri hingga mengakibatkan kereta terbabit berpusing sebelum merempuh besi penghadang jalan.

Ahmad Fuad dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh bagi mendapatkan rawatan berikutan mengalami pendarahan dalam kepala.         

“Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap Ahmad Fuad mendapati positif dadah jenis opiat, amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.  

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memaklumkan, operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa kemalangan dilakukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek