web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tumpas Sindiket Edar Syabu, Ketamin Bernilai RM386,848

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 8:51PM

Mohd Zaidi menunjukkan hasil rampasan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis merampas 9.21 kilogram syabu dan sekilogram ketamin dianggarkan bernilai RM386,848 selepas menahan tiga lelaki secara berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata tiga suspek ditahan itu berusia antara 37 hingga 52 tahun.

Suspek pertama, katanya, ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Jalang Ranggung Batek, Likas pada jam 2.45 petang Rabu lalu.

“Pemeriksaan ke atas lelaki berusia 37 tahun itu menemukan sebuah kotak mengandungi tujuh bungkusan disyaki dadah jenis syabu seberat 7.17 kilogram dan siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lelaki di sebuah dewan di Luyang.

“Siasatan ke atas kedua-dua suspek kemudian membawa kepada tangkapan seorang lelaki berusia 50 tahun di hadapan sebuah pusat beli-belah di Alam Mesra, kira-kira jam 2 petang semalam,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, pemeriksaan lanjut ke atas suspek ketiga berhasil menemui dadah jenis sama seberat 1.22 kilogram dalam sebuah beg silang dibawanya.

Katanya, polis turut menemui 1.22 kilogram syabu dan sekilogram ketamin selepas melakukan pemeriksaan di kediaman suspek tersebut di Kampung Bantayan, Inanam.

“Siasatan awal mendapati suspek membuat pesanan dadah dari Semenanjung dan dihantar menggunakan perkhidmatan kurier ke alamat palsu.

“Dadah diperoleh pada hari sama suspek ditahan itu kemudian disembunyikan dalam kotak santan,” katanya.

Menurutnya, selain kegunaan sendiri, dadah terbabit dipercayai untuk dijual di pasaran yang boleh menampung seramai 51,000 penagih.

Jelasnya, polis percaya sindiket terbabit sudah lama beroperasi walaupun suspek mendakwa hanya bermula pada Disember tahun lalu.

“Siasatan lanjut mendapati suspek pertama dan kedua masing-masing memiliki enam serta tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Ada kes sudah dijatuhkan hukuman dan ada masih dalam proses perbicaraan,” katanya.

Ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad