web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Diminta Umum 3 Februari Sebagai Cuti Umum

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Jan 2022 4:46PM

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mengumumkan pemberian cuti ganti kepada kakitangan awam dan swasta yang bekerja pada 3 Februari ini, memandangkan hari itu sepatutnya menjadi cuti umum.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, berkata ia kerana Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baharu Cina disambut pada tarikh sama, iaitu 1 Februari 2022.

“UNI-MLC terkejut apabila kakitangan awam diwajibkan bekerja pada 3 Februari 2022.

“Mengikut peruntukan undang-undang sedia ada yang terpakai kepada sektor awam dan swasta, cuti umum ganti seharusnya diberikan, kecuali majikan menyediakan bayaran gaji berganda atau cuti gantian jika pekerja dikehendaki serta bersetuju untuk bekerja pada 3 Februari,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohamed Shafie berkata, dalam situasi membabitkan kakitangan awam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tindakan meminta kakitangan awam bekerja serta tidak diberikan cuti, kecuali bagi perkhidmatan awam perlu, seperti hospital, penyiaran dan keselamatan, dianggap menafikan hak pekerja.

Jelasnya, UNI-MLC menerima banyak panggilan dan aduan mengenai ketiadaan cuti umum ganti pada 3 Februari 2022 bagi kakitangan di kawasan itu yang diwajibkan bekerja seperti biasa pada hari tersebut.

Beliau berkata, susulan situasi itu, pihaknya berpandangan perkembangan terbabit tidak adil dan bertentangan semangat Perhubungan Perusahaan Harmoni diharapkan, malah tidak selari Akta Kerja 1955 yang menyediakan peruntukan bagi cuti umum ganti bergaji.

“UNI-MLC juga difahamkan, tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggunakan peruntukan pekeliling dan Akta Hari Kelepasan 1951 bahawa cuti umum ganti ini hanya terpakai sekiranya cuti umum berganda jatuh pada Ahad dan Jumaat adalah tidak dapat diterima.

“Sewajarnya kerajaan, terutama JPA mengambil tindakan pembetulan dari awal lagi kerana kita tahu akan ada cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baharu Cina, serta sama sekali tidak harus membelakangkan peruntukan undang-undang berkaitan cuti umum gantian.

“Satu solusi jangka panjang harus dikenal pasti sejak awal dalam isu serius seperti ini. Kita hairan dengan sikap kerajaan dan JPA memandang ringan mengenai isu ini, selain tidak mengambil tindakan pembetulan atau solusi,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Shafie berkata, sekiranya kerajaan terutama Kementerian Wilayah Persekutuan boleh mengumumkan cuti peristiwa sempena kemenangan Piala Malaysia 2021 pada tahun lepas, mengapa cuti umum ganti tidak boleh diberikan untuk Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baharu Cina 2022.

“UNI-MLC mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan dalam perkara ini dan mengisytiharkan bahawa 3 Februari 2022 adalah cuti umum ganti bagi agensi perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hati-Hati Dengan Keracunan Karbon Monoksida Ketika Musim Cuti

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Segera Wartakan Cuti Umum Mengundi, Elak Syarikat Nafikan Hak Pekerja - MTUC

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Selangor Beri Cuti Umum Sehari Sebelum Hari Mengundi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 15 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM