web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Beri Cuti Umum Sehari Sebelum Hari Mengundi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Nov 2022 4:28PM

Amirudin ketika sidang media khas di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor hari ini bersetuju untuk memberi cuti umum sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu pada 18 November ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata perkara itu akan diluluskan Rabu ini pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diwartakan.

Beliau berkata pemberian cuti itu berikutan Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di negara ini iaitu 3,677,848 dan sejumlah besar warga Malaysia juga bekerja dan bermastautin di negeri ini, tetapi mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.

“Saya juga telah membuat perbincangan awal (berkenaan cuti umum ini) dengan negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan cuma Selangor muktamadkan perkara ini lebih awal dan umumkan hari ini,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat memberikan pelepasan yang sama kepada seluruh rakyat Malaysia, supaya seramai mungkin pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka pada 19 November.

Sementara itu, susulan insiden gangguan sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang menyebabkan operasi 16 stesen LRT ditutup, Amirudin berkata kerajaan negeri berhasrat untuk membantu pengguna yang terkesan.

Katanya pihaknya akan berbincang dengan pengendali bas Rapid KL, Rapid Bus Sdn Bhd, bagi menyediakan 20 buah bas Smart Selangor mulai esok (10 November) untuk membantu mengatasi masalah gangguan LRT.

Beliau turut memberi jaminan operasi harian bas Smart Selangor tidak akan terganggu.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) hari ini memaklumkan perkhidmatan tren LRT di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula pukul 6 pagi tadi, selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang akan diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.

Selain itu, Amirudin berkata kerajaan negeri akan memberikan 10,000 dos vaksin influenza-pneumokokal secara percuma kepada golongan berisiko tinggi dengan peruntukan RM1.5 juta.

“Program ini akan bermula 14 November ini dan berterusan hingga 31 Disember dengan memfokuskan kepada rumah-rumah jagaan orang tua, warga emas serta pemegang kad Iltizam Selangor Sihat bagi fasa pertama program Selangor Vaksin Influenza-Pneumokokal,” katanya.

Katanya program itu dijalankan berikutan peningkatan penyakit jangkitan pernafasan yang mendatangkan risiko kepada penduduk terutamanya warga emas dan dilaksanakan melalui Selvax Mobile Team dan klinik-klinik Selcare. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 23 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95