web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dulu Tuduh Malaysia Bankrap Bawah Saya, Hari Ini Hutang Negara RM1 Trilion - Najib

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 2:54PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa hutang langsung kerajaan secara rasmi mencecah RM1 trilion setakat hari ini.

Katanya, jumlah tersebut meningkat RM316 bilion (46 peratus) daripada RM686.8 bilion pada 2017, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada RM1,002.9 bilion.

“Visi mereka untuk hutang negara benar-benar cecah RM1 trilion sudah berjaya.

“Tahniah Pakatan Harapan (PH), tahniah Lim Guan Eng, tahniah Abahkau dan tahniah Atuk!,” sindirnya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Najib berkata, hakikatnya, semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri dari 2009 hingga 2018, ekonomi negara berkembang pesat dan hutang kerajaan menurun lapan tahun berturut-turut.

Namun dakwanya, hutang kerajaan meningkat dengan pantas semasa negara di bawah pimpinan PH.

“Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuh, Petronas dijarah dan aset negara yang memberi pulangan baik pula dijual secara lambak oleh mereka. Ekonomi lembab.

“Akibatnya kadar kenaikan hutang kerajaan sangat pantas berbanding masa saya PM, iaitu tempoh PH asyik tuduh negara akan bankrap bawah saya.

“Ada sesiapa dari geng sebelah sana nak sangkal pengiraan saya hari ini tak?” sindirnya lagi.

Menurut beliau, angka hutang langsung kerajaan itu adalah cara seluruh dunia mengira hutang sesebuah negara.

 

Secara rasmi, hutang langsung kerajaan telah cecah RM1 trilion hari ini. Naik RM316 bilion (46%) dari RM686.8 billion...

Posted by Najib Razak on Thursday, January 27, 2022

Tegasnya, kiraan tersebut bukan seperti cara dongeng yang diperkenalkan kerajaan PH untuk menipu rakyat bahawa hutang negara sudah mencecah RM1 trilion ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Pada Jun 2018, Guan Eng yang memegang jawatan Menteri Kewangan ketika itu berkata, keadaan kewangan negara tidak baik berikutan hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Justeru, beliau berharap rakyat dapat memberi sedikit masa kepada kerajaan PH, sekurang-kurangnya sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik, sebelum parti itu memenuhi janji manifesto diumumkan ketika pilihan raya.

“Kami masih komited untuk memenuhi manifesto pilihan raya kami.

“Bagaimanapun, kami menghadapi hutang besar dan perlu memperoleh kestabilan kewangan sebelum dapat melaksanakan semua janji kami,” katanya.

PH berjaya memecahkan monopoli Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun apabila memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU-14.

Namun mereka hanya mampu bertahan selama 22 bulan selepas hilang majoriti mudah apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan 11 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada pakatan tersebut. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad