web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dijanji Pulangan Pelaburan 400 Peratus, Wanita Rugi RM33,800

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 12:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gelap mata dek dijanjikan pulangan sehingga 400 peratus, seorang suri rumah kerugian RM33,800 selepas tertipu dengan pelaburan mata wang digital yang tidak wujud di media sosial.

Dalam kejadian pada 10 Disember tahun lalu itu, wanita berusia 41 tahun berkenaan terlihat iklan menawarkan pelaburan mata wang asing dengan keuntungan 400 peratus hanya dalam tempoh sebulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak, berkata tertarik dengan pulangan lumayan itu, wanita terbabit memasuki aplikasi Telegram mengenai iklan berkenaan.

Menurutnya, wanita itu diberikan pautan ke sebuah laman sesawang untuk mendapatkan maklumat pendaftaran dan pelaburan mata wang digital.

Beliau berkata, wanita itu kemudian membuat pendaftaran, sebelum diberikan satu akaun e-wallet.

“Pada 28 hingga 30 Disember tahun lalu, mangsa melakukan tujuh transaksi berjumlah RM33,800 ke dalam dua akaun bank diberikan.

“Pada 15 Januari lalu, mangsa membuat semakan ke atas akaun e-wallet miliknya dan mendapati terdapat wang berjumlah RM147,114 di dalamnya, tetapi ia tidak boleh dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa menyusulkan perkara itu kepada pihak khidmat pelanggan pelaburan tersebut dan diarahkan membuat bayaran sebanyak RM29,423 sebagai wang jaminan sebelum keuntungan dapat dikeluarkan.

“Merasakan dirinya tertipu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi tindakan siasatan selanjutnya,” katanya.

Mohd Mahidisham berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat semakan ke atas sesuatu aktiviti pelaburan mata wang digital yang akan disertai terlebih dahulu kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC).

“Sebarang aktiviti jenayah atau mencurigakan, orang ramai boleh melaporkannya menerusi WhatsApp CCID Infoline di talian 013-211 1222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2146 0584/0585), CCID Scam Response Center (03-2610 1559/1599) atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi