web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SOP Umrah Baharu Akan Dimuktamadkan Setelah Diperhalusi, Dipersetujui - Nancy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 3:28PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Prosedur operasi standard (SOP) ibadah umrah baharu akan dimuktamadkan setelah diperhalusi dan dipersetujui beberapa agensi berkaitan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata SOP berkaitan kuarantin jemaah umrah adalah antara perkara yang sedang diteliti dengan mendapatkan pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Pengurusan Bencana dan Kementerian Kewangan kerana urusan kuarantin bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya.

“Pihak MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) telah menyiapkan SOP terbabit namun kita perlukan input seperti dari KKM," katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan Busana Tradisional Malaysia di sini hari ini. 

Semalam kerajaan mengumumkan umat Islam di negara ini boleh kembali mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini selepas ditangguhkan sementara pada 8 Januari lepas susulan peningkatan varian Omicron COVID-19 dalam kalangan jemaah.

Mengenai tuntutan ganti rugi jemaah umrah yang terkesan akibat penangguhan tersebut, Nancy berkata pihaknya sedang mengadakan sesi perbincangan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan mekanisme pembayaran.

Terdahulu dalam ucapannya sempena majlis tersebut, Nancy berkata inisiatif Diplomasi Budaya Bagi Memperkasakan Aktiviti Seni, Budaya dan Warisan Negara itu merupakan program kerjasama dengan Kementerian Luar bertujuan mempromosikan budaya Malaysia di semua kedutaan di luar negara.

Beliau berkata lima set busana tradisional Malaysia akan diserahkan ke 10 pejabat kedutaan dan pesuruhjaya tinggi Malaysia antaranya di Paris, London, Bangkok, Tokyo dan Beijing.

“Besar harapan MOTAC agar program diplomasi budaya ini akan meningkatkan penghayatan dan peranan duta-duta Malaysia di luar negara bagi mempromosikan seni serta budaya negara. Ia juga dapat mengukuhkan kolaborasi budaya dengan negara luar,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek