web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenyataan Pengarah Perhutanan Kelantan Mahu Alih Perhatian Isu Sebenar - Aktivis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 2:53PM

Kepupusan hidupan liar termasuk harimau adalah disebabkan kemusnahan habitat dan pelaksanaan projek ladang hutan atau ladang monokultur berskala besar di HSK. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abdul Samah bahawa pembalakan bagus untuk harimau hanyalah bertujuan mengalihkan perhatian daripada isu sebenar.

Aktivis alam sekitar, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, isu sebenar kepupusan hidupan liar termasuk harimau adalah disebabkan kemusnahan habitat, akibat pelaksanaan projek ladang hutan atau ladang monokultur berskala besar di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK).

Menurutnya, konflik antara hidupan liar dengan manusia sejak kebelakangan ini turut disebabkan oleh pengubahan guna tanah lain dalam HSK, khususnya bagi  kegiatan perlombongan.

“Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian lapangan, pelaksanaan projek ladang monokultur dan kegiatan perlombongan dalam kawasan HSK dilakukan tanpa kawalan, walaupun telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Laporan EIA) serta mempunyai prosedur operasi standard (SOP).

“Pelaksanaan projek ladang monokultur dan kegiatan perlombongan dalam kawasan HSK memusnahkan litupan hutan asal melalui kaedah pembalakan secara tebang habis," katanya di sini.

Meor Razak berkata, hampir 28 peratus daripada HSK di Kelantan telah digazetkan sebagai zon pembangunan ladang hutan dan peratusan tersebut tidak termasuk keluasan untuk tujuan perlombongan yang dilakukan dalam HSK.

Beliau yang juga Penasihat Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) berkata, kenyataan Abdul Khalim bahawa Kelantan mengamalkan pengurusan hutan secara mampan, mematuhi kuota Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dan mematuhi pensijilan 'Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management' (MC&I) di bawah Skim Pensijilan Kayu Balak (MTCS) jelas kelihatan sebaliknya dan boleh dipersoal.

“Pensijilan bagi Kelantan telah digantung sejak 2016 sehingga kini dan salah satu faktor digantung adalah kerana mengusahasil melebihi kuota CTT.

“Pengantungan pensijilan di bawah MTCS adalah salah satu petunjuk bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai dasar dan iltizam untuk mengurus dan mengusahasil sumber hutan secara mampan," katanya.

SIRIM QAS Sdn Bhd tegas beliau, telah membuat keputusan tersebut setelah Unit Pengurusan Hutan Negeri Kelantan gagal membuat penambahbaikan terhadap Permintaan Langkah Pembetulan (Correction Action Request) yang dikendali oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd.

"Pembalakan secara tebang habis untuk tujuan pelaksanaan ladang monokultur dan perlombongan di kawasan HSK menyebabkan fungsi kepelbagaian hayat hutan terjejas, serta akan memberi kesan kepada pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan yang menjadi teras dalam pengurusan hutan negara.

“Justeru, saya sebagai aktivis alam sekitar berharap Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dapat mempertimbang untuk menghenti dan tidak meluluskan lagi projek pembangunan ladang hutan serta perlombongan berskala besar dalam kawasan HSK,” katanya. – Getaran, 27 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad