web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AirAsia Sambung Semula Penerbangan Ke Phnom Penh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 2:10PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula penerbangannya ke Phnom Penh, Kemboja daripada hanya RM194 sehala untuk perjalanan antara sekarang dan 23 Mac 2022 berserta tawaran menarik lain bagi meraikannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata penerbangan pertama yang menggunakan pesawat Airbus A320 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 12.40 tengah hari semalam melalui penerbangan AK 538.

"Para tetamu yang divaksin sepenuhnya dari Malaysia yang ingin melancong ke Kemboja mestilah memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan Kemboja sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan,'' katanya. 

Para tetamu juga boleh mendapatkan tawaran pakej penerbangan dan hotel bernilai hebat dengan diskaun sehingga 30 peratus dengan menekan ikon ‘SNAP’ di Super App serta menempah penginapan secara berasingan dengan menekan ikon ‘Hotels’ untuk menikmati diskaun tambahan 10 peratus dengan kod promosi AAHOTEL10.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata AirAsia berbangga untuk menyokong inisiatif kerajaan Kemboja ini dan berharap untuk melancarkan lebih banyak penerbangan ke negara itu tidak lama lagi.

'’Dari segi operasi, kami telah bersedia secara menyeluruh demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu," jelas beliau.

Beliau turut menambah pengembara di seluruh Malaysia juga boleh menempah penerbangan sulung untuk tiga laluan domestik baharu pada minggu ini iaitu Pulau Pinang-Sibu (27 Jan), Johor Bahru-Bintulu (28 Jan) dan Kota Kinabalu-Kuala Terengganu (30 Januari). - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad