web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelawak Cian Cecupak Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 8:03AM

Allahyarham Pian Cecupak - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman, 52, meninggal dunia pada 11 malam tadi, di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul di sini.

Berita pemergian pelawak berkenaan disahkan oleh adiknya Hasnah ketika dihubungi Bernama malam tadi.

“Allahyarham jatuh di dalam bilik air. Jenazah akan dikebumikan sebelum solat zuhur hari ini,” katanya. 

Sementara itu, pemergian arwah turut dikongsi anak saudaranya Syuhada Daud di laman Facebooknya sebentar tadi.

“Kehilangan sebuah permata berharga dalam keluarga. Penghibur kami sekeluarga. Tenanglah pakcik, doakan moga arwah ditempatkan dalam golongan beriman dan beramal soleh.

"Tugasmu di dunia sudah selesai, selamat pulang ke negeri abadi. Kami pasti merindui jenakamu, kami pasti menyusul,” katanya.

Pada 2018, Allahyarham dilaporkan dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan pembedahan kerana masalah jantung yang dihadapinya amat serius. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan