web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagi Kluster Pendidikan Di Sabah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 9:00PM

Kota Marudu dikenalpasti sebagai daerah tertinggi merekodkan kes COVID-19 di Sabah dengan 64 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Satu lagi kluster COVID-19 berkaitan institusi pendidikan membabitkan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 2 direkodkan di Sabah hari ini.
 
Kes kluster Jalan Teritipan, Kota Marudu itu menjadikan kumulatif kluster institusi pendidikan di negeri berkenaan setakat ini adalah 44 kes.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster itu dikesan selepas pelajar terbabit disahkan positif virus terbabit pada 23 Januari lalu.

“Kluster ini merekodkan 38 kes baharu hari ini yang menjadi penyumbang utama kes di Sabah, sekali gus meletakkan Kota Marudu sebagai daerah tertinggi kes COVID-19 di Sabah dengan 64 kes.

“Lebih banyak kluster COVID-19 membabitkan institusi pendidikan dijangka wujud di negeri ini dalam beberapa hari terdekat,” katanya.

Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan laporan awal Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang sedang melakukan saringan kontak rapat dalam kalangan penghuni asrama membabitkan enam sekolah di negeri berkenaan.

Katanya, keputusan muktamad akan diketahui dalam tempoh satu atau dua hari lagi.

Mengulas lanjut, Masidi berkata, dua kluster baharu berkaitan tempat kerja turut dilaporkan hari ini.

Jelasnya, kluster itu adalah Kluster Montenior dan Kluster Jalan Binunuk di Beaufort.

Masidi berkata, Kluster Montenior yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi tercetus selepas kes indeks, iaitu seorang petugas kesihatan wanita berusia 37 tahun disahkan positif COVID-19 pada 12 Januari lalu.

“Kluster ini merebak kepada tiga generasi di dua daerah, iaitu Beaufort dan Kuala Penyu, manakala saringan kontak rapat mendapati 24 orang daripada kontak generasi pertama, 17 orang kontak generasi kedua dan dua orang kontak generasi ketiga turut dijangkiti.

“Mereka terdiri daripada rakan sekerja indeks dan ahli keluarga kakitangan kesihatan. Mereka semua sudah dikuarantin untuk menjalani rawatan,” katanya.

Manakala, Kluster Jalan Binunuk dipercayai berpunca daripada mesyuarat membabitkan jumlah ramai dalam fasiliti sama.

“Kluster ini tercetus selepas kes indeks, iaitu seorang wanita berusia 34 tahun yang juga kakitangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Beaufort disahkan positif pada 22 Januari lalu.

“Saringan kontak rapat dalam kalangan rakan sekerja dan ahli keluarga mendapati 13 orang turut dijangkiti COVID-19,” katanya. - Getaran, 26 Januari 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad