web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tetap Naik Pentas Konvokesyen Walau Baru 6 Hari Bersalin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 4:17PM

Yus Amira, yang masih berpantang selepas 6 hari bersalin, menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama suami.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Walaupun masih berpantang selepas enam hari melahirkan anak sulung dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda, ia bukan halangan untuk Yus Amira Mohd Yusuf, 26, menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini.

Lebih manis, graduan kelas pertama Ijazah Sarjana Muda (ISM) Teknologi Maklumat (Informatik Media) itu meraikan kejayaan berkenaan bersama suami, Mohamad Amirul Hakim Mohd Sanusi, 26, yang turut bergraduasi dalam bidang pengajian sama. 

“Biarpun saya baru bersalin, saya tidak mahu ketinggalan meraikan hari bersejarah kami.

“Saya sudah meminta izin daripada doktor dan dia benarkan saya hadir ke majlis ini dengan beberapa nasihat,” katanya ketika ditemui media.

Yus Amira berkata, sepanjang acara itu, dia tidak berdepan masalah untuk bergerak dan merakamkan gambar kenangan kerana banyak dibantu suami.

“Saya bersalin secara pembedahan jadi kena sentiasa berhati-hati dan menggunakan kerusi roda sepanjang majlis ini, tapi nasib baik suami ada bersama untuk membantu saya,” katanya.

Amira melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari 2021 dan selamat melahirkan cahaya mata lelaki, Muhammad Umar Al-Fateh pada 20 Januari lalu.

Dia juga berhasrat menyambung pengajian di peringkat sarjana di universiti sama. - Getaran, 26 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad