web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berburu, Memancing Antara Punca Kebakaran Hutan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 3:00PM

Wan Mohammad Zaidi Wan Isa memeriksa perbarisan pada Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Pahang di Ibu Pejabat JPBM Pahang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sikap tidak bertanggungjawab segelintir penggemar aktiviti berburu dan memancing dikenal pasti sebagai punca mengakibatkan kebakaran hutan di Pahang. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, berkata keadaan itu disebabkan individu terbabit sering meninggalkan tapak persinggahan mereka tanpa memastikan unggun api dipadam sepenuhnya. 

Katanya, berdasarkan laporan kes kebakaran hutan diterima JBPM sepanjang tahun lalu, ada antara kejadian itu bermula akibat sikap kumpulan berkenaan. 

“Berburu dan memancing di dalam hutan boleh mencetuskan kejadian kebakaran hutan apabila mereka yang menjalankan aktiviti ini tidak memadamkan terlebih dahulu unggun api sebelum beredar.

“Unggun api terbiar itu menjadi punca nyalaan dan akhirnya merebak ke kawasan berhampiran, contohnya di Rompin dan Muadzam Shah yang menyaksikan berlaku kebakaran besar akibat kecuaian geng terbabit,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tahun 2022 JBPM Pahang di Ibu Pejabat JBPM Pahang di sini, hari ini. 

Turut hadir Penolong Pengarah (Operasi) JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani. 

Wan Mohammad Zaidi berkata, pengguna jalan raya, terutama individu merokok di dalam kenderaan dinasihatkan  tidak membuang puntungnya yang masih menyala ke bahu jalan kerana ia boleh mencetuskan kebakaran. 

Katanya, keadaan panas terik ketika ini memudahkan kebakaran tercetus sehingga membahayakan pengguna lain.

“Macam di sepanjang laluan Penor (Jalan Kuantan-Pekan), ada kejadian kebakaran semak berpunca daripada sikap pemandu membuang puntung rokok mereka. 

“Kita kena faham dengan cuaca semasa dan banyak pokok mati akibat banjir baru-baru ini, daun pokok kering dan rumput semua ini mudah terbakar, jadi jangan buang puntung rokok masih menyala sewenang-wenangnya,” katanya. 

Mengulas mengenai persediaan JBPM Pahang menjelang cuti Tahun Baharu Cina, Wan Mohammad Zaidi berkata, pihaknya sudah menempatkan jentera bersama pegawai dan anggota di tiga pos kawalan sejak awal minggu ini di sepanjang Lebuh raya Pantai Timur (LPT) untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, pos kawalan operasi itu adalah di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Genting Sempah, Temerloh dan Gambang bagi mempercepatkan tempoh respon sekiranya menerima laporan kecemasan. 

“Bagi operasi khas ini, mereka akan berada di pos kawalan terbabit seminggu sebelum perayaan dan seminggu selepas keraian. 

“Hanya 20 peratus pegawai dan anggota JBPM negeri dibenarkan mengambil cuti sepanjang tempoh operasi khas Tahun Baru Cina bagi memastikan ia berjalan lancar,” katanya. - Getaran 26 Januari 2022.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan