web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PLUS Nasihat Pengguna Ikut Jadual TTA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 7:57AM

Jumlah trafik harian bagi tempoh 28 Januari hingga 6 Februari sempena perayaan Tahun Baharu Cina dijangka meningkat kepada 1.6 juta kenderaan. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna lebuh raya digalakkan mengikuti Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kerana jumlah trafik harian dijangka meningkat daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan bagi tempoh 28 Januari hingga 6 Februari sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataannya menasihatkan pengguna dari Lembah Klang yang ingin melakukan perjalanan ke utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak supaya memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi.

“Ini juga terpakai kepada mereka yang menghala Johor ke arah selatan. Bagi destinasi berhampiran dengan Lembah Klang dan negeri lain, pengguna perlu merancang perjalanan mereka dengan memasuki lebuh raya selepas 1 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, Johor dan negeri-negeri lain yang ingin menuju ke Lembah Klang pula digalakkan untuk keluar sebelum pukul 9 pagi.

Zakaria berkata TTA itu disediakan untuk panduan pengguna bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terutamanya ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah.

“Turut penting adalah pandu dengan selamat dan sentiasa berwaspada ketika keadaan cuaca buruk, justeru rehat dan tidur yang cukup adalah penting sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Zakaria berkata pasukan peronda lebuh raya PLUS, PLUSRonda juga sentiasa bersedia membantu sekiranya berlaku sebarang kejadian dan boleh dihubungi menerusi PLUSLine, 1800 88 0000.

Bagi memastikan perjalanan lancar semasa memasuki dan keluar dari lebuh raya bertol, pastikan kad Touch ‘n Go dan e-dompet Touch ‘n Go RFID mempunyai baki mencukupi setiap masa.

Kemas kini mengenai keadaan trafik terkini boleh didapati daripada fungsi CCTV perancang perjalanan Aplikasi PLUS, Twitter PLUSTrafik dan P.U.T.R.I (PLUS Unique Texting Realtime Interface) serta papan tanda elektronik di lebuh raya.

Pengguna lebuh raya juga digalakkan menggunakan aplikasi Waze dan Google Maps untuk navigasi perjalanan mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: Jumlah Kenderaan Dijangka Meningkat Sehingga 1.9 Juta Sabtu Ini - PLUS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aidiladha: Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad