web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan SPRM Tidak Berasas, Sengaja Buka Kes Lama - R Sivarasa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 5:01PM

R. Sivarasa - fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula pendakwaan terhadap seorang pegawai di Pejabat Parlimen Sungai Buloh disifatkan sebagai satu cubaan untuk mencemarkan imej pusat perkhidmatan berkenaan.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa berkata, siasatan terhadap Pengurus Pusat Khidmat Parlimen Sungai Buloh, K.R Naveen dan Nico Kam itu telah berlarutan hampir empat tahun dan sewajarnya kes berkenaan sudah ditutup.

Menurut beliau, siasatan tersebut berkemungkinan besar ditimbulkan sebagai membalas dendam atas pendedahan skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, baru-baru ini.

"Hampir empat setengah tahun telah berlalu sejak siasatan (ke atas kakitangan Sivarasa) selesai pada September 2017. Tiada tindakan diambil terhadap Naveen pada masa itu dan sebenarnya fail itu sepatutnya ditutup.

"Kini, sebulan selepas saya membangkitkan isu pemilikan saham Azam di Parlimen pada 14 Disember 2021, satu dakwaan yang tidak berasas tiba-tiba dibangkitkan semula oleh SPRM untuk mendakwa Naveen,” katanya, hari ini.

Sivarasa menegaskan, dia tetap berpendirian untuk berpegang kepada integriti kakitangannya yang didakwa tidak bersalah.

Beliau yang juga seorang peguam kesal dengan tindakan SPRM kerana ia dilihat hanya akan merosakkan reputasi suruhanjaya tersebut, memandangkan pendakwaan dilakukan itu bermotifkan faktor peribadi tanpa asas.

“Kes ini memang tidak berasas, Naveen dan Nico akan mengemukakan pembelaan mereka di mahkamah. Mereka tidak bersalah.

“Kes ini ditimbulkan semula selepas saya bangkitkan isu pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM bulan lepas di Parlimen. Inilah kes balas dendam dan pegawai saya telah dijadikan mangsa,” katanya, kesal.

Sivarasa juga berikrar untuk tetap memperjuangkan pendedahan berkenaan dan berharap isu tersebut menerima campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memastikan SPRM kembali berintegriti.

"Saya berharap Perdana Menteri akan melihat integriti sebuah institusi utama seperti SPRM, yang telah dicemari dengan serius oleh tindakan balas dendam sebegini,” katanya. – Getaran, 24 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi