web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keadaan Tun M Terus Jadi Perhatian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 12:00PM

Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan dalam keadaan stabil di IJN. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahap kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) terus mendapat perhatian ramai pihak, termasuk barisan pemimpin.

Kesemua mereka mendoakan agar Dr Mahathir diberikan kesembuhan selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Koronori (CCU) di hospital berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan turut mendoakan kesejahteraan buat Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Saya mendoakan aafiyah (Perlindungan Allah) buat @chedetofficial dan semoga keluarganya terus diberi kecekalan dan kekuatan,” kata Anwar dalam satu ciapan di Twitternya.

Tidak ketinggalan di media sosial, ramai pengikut Dr Mahathir memuat naik gambar bersama beliau serta mendoakan kesejahteraan pemimpin yang sangat disegani itu.

“Di atas ingatan menyusuri suatu zaman, saya pernah menyimpan kenangan bersama Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Perkhabaran terkini kesihatan Tun melalui kenyataan media anakanda beliau amat melegakan sanubari. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan Tun sekeluarga dan kembali sembuh seperti sediakala. Bersama-samalah kita mendoakan agar Ayahanda Tun Mahathir diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dalam rahmat serta lindungan oleh Allah SWT,” kata seorang pengguna Facebook, Asmirul Anuar Idris.

 

Di atas ingatan menyusuri suatu zaman, saya pernah menyimpan kenangan bersama Ayahanda Tun Dr. Mahathir bin Mohamad....

Posted by Asmirul Anuar Aris on Saturday, January 22, 2022

Terbaru, Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) telah menganjurkan bacaan doa selamat dan Yassin secara maya malam tadi, buat bekas Perdana Menteri itu.

Seramai 50 peserta terdiri daripada warga media tempatan dan dari negara jiran itu menyertai majlis berkenaan yang bermula pada jam 9.15 malam, dimulakan dengan bacaan doa selamat diketuai Penolong Pengurus Bahagian Teknikal BERNAMA, Asri Junin.

Semalam, anak Dr Mahathir, Datin Paduka Marina memaklumkan bapanya berada di dalam keadaan stabil di IJN dan memberi tindak balas yang baik terhadap rawatan.

Ini kali kedua Dr Mahathir dimasukkan ke IJN dalam bulan ini selepas 7 Januari lalu.

Beliau dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari, selepas menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut tersebut dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Januari. - Getaran, 23 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

3

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 49 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar