web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


NUTP Harap Tiada Syarat Tersembunyi Dalam Pekeliling Benar Guru Berpolitik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 8:13AM

Wang Heng Suan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap tiada syarat tersembunyi dalam pekeliling baharu yang akan dikeluarkan mengenai kebenaran untuk berpolitik melibatkan guru sekolah di seluruh negara serta petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarat tersembunyi dimaksudkan adalah yang boleh mendatangkan masalah kepada guru yang aktif berpolitik.

“NUTP juga berharap kerajaan memberi perhatian dan kebenaran berpolitik kepada guru bilik darjah yang berada di gred DG52 dan gred DG54 Time-Based.

“Oleh itu, NUTP berharap segala kaedah dan panduan yang akan dikeluarkan bersama dengan pekeliling baharu kelak agar jelas dan mudah difahami agar guru-guru yang aktif berpolitik tidak melanggar peraturan atau syarat yang telah ditetapkan,” menurutnya dalam kenyataan itu.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kabinet memutuskan bahawa guru sekolah di seluruh negara dan petugas KEMAS dibenarkan berpolitik, berkuat kuasa serta-merta.

Wang berkata NUTP juga berharap guru yang mengemukakan permohonan dan aktif dalam berpolitik berpuas hati serta menyambut baik pengumuman itu.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan guru yang aktif berpolitik bahawa mereka perlu memberi keutamaan terhadap pencapaian akademik murid terlebih dahulu dan tumpuan hakiki seorang guru adalah mendidik.

Katanya sebelum ini, surat arahan pembatalan kelulusan penglibatan warga pendidik dalam politik yang dikeluarkan tahun lepas turut menyatakan pembatalan kelulusan itu melibatkan semua peringkat kumpulan atau gred. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Kolum 14 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

4

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad