web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cubaan Sorok Dadah Dalam Hilux Gagal, 2 Suspek Dicari Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 8:58PM

Hazani Ghazali (dua dari kanan) menunjukkan dadah bernilai RM27.36 juta yang dirampas dalam Toyota Hilux di Kampung Padang Embun, Pasir Mas, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM27.36 juta dalam serbuan ke atas sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux di Kampung Padang Embun di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 11.45 pagi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas 300 kilogram (kg) dadah jenis syabu, 200kg ganja mampat dan 1.6 juta biji pil yaba.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, kesemua rampasan berkenaan dianggarkan bernilai RM27.36 juta.

Menurut beliau, nilai pasaran kesemua syabu itu mencecah RM10.8 juta, manakala ganja mampat serta pil yaba masing-masing dianggarkan berharga RM500,000 dan RM16 juta.

"Sebelum serbuan, anggota PGA9 membuat pemantauan hasil maklumat yang diterima dan mengejar sebuah kenderaan Toyota Hilux dipandu seorang lelaki di Kampung Lati di sini.

"Polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan ke bahagian tayar belakang Toyota Hilux menyebabkan ia terbabas dan terjatuh ke dalam tali air di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang Embun," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini hari ini.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Hazani berkata, suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan bantuan kenderaan lain iaitu kereta jenis Volkswagen Golf GTI berwarna kelabu.

Beliau memberitahu, pemeriksaan di dalam kenderaan itu menemui bungkusan plastik yang diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang belakang dan di ruangan menyimpan barangan.

Katanya, kesemua dadah itu dipercayai dibawa masuk secara haram dari negara jiran untuk dipasarkan di Semenanjung Malaysia.

"Syabu, pil yaba dan ganja mampat yang dirampas itu boleh digunakan oleh 1.3 juta penagih.

"Pihak polis juga sudah mengesan identiti dua suspek terbabit dan kini dalam proses untuk mengedarkan wajah mereka. Kita juga mengharapkan bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat bagi mengesan suspek," katanya.

Susulan rampasan jelas beliau, polis meminta dua individu berkenaan tampil untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya. - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 48 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi