web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Terima Perintah Mahkamah Halang Perhimpunan 3 Lokasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 5:14PM

Noor Dellhan Yahaya mengadakan sidang media mengenai himpunan di 3 lokasi di ibu negara, yang diadakan di IPD Dang Wangi, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mendapat perintah Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghalang sebarang perhimpunan di tiga lokasi di ibu negara selama tujuh hari bermula esok.

Tiga lokasi tersebut adalah Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek.

Tindakan itu antara lain dilihat bagi menghalang perhimpunan yang akan diadakan esok di Sogo, dikenali sebagai Perhimpunan #TangkapAzamBaki.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, selain perintah mahkamah, polis juga akan membuat enam lencongan jalan di bawah pentadbirannya.

“Laluan tersebut membabitkan Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharaja Lela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.

“Lencongan ini akan bermula jam 7 pagi esok sehingga penugasan Pematuhan dan Penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) selesai,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Noor Dellhan Yahaya - Gambar Azim Abd Rahman
Noor Dellhan Yahaya - Gambar Azim Abd Rahman

Selain itu, Noor Dellhan berkata, operasi pengangkutan awam membabitkan MRT, LRT, Monorail dan KTM Komuter turut akan dihentikan sementara bagi beberapa stesen utama di kawasan pentadbiran IPD Dang Wangi, bermula jam 7 pagi sehingga selesai penugasan.

Katanya, bagi LRT Ampang/Sri Petaling, enam stesen akan menghentikan operasi sementara waktu iaitu Pudu; Hang Tuah; Masjid Jamek; Plaza Rakyat; Bandaraya dan Sultan Ismail.

“Bagi LRT Kelana Jaya empat stesen dihentikan sementara membabitkan Kampung Baru; Dang Wangi; Masjid Jamek dan Pasar Seni manakala MRT pula di tiga stesen iaitu Bukit Bintang; Merdeka dan Pasar Seni.

“Perkhidmatan Monorail pula membabitkan sembilan stesen iaitu Medan Tuanku; Bukit Nanas; Raja Chulan; Bukit Bintang; Imbi; Hang Tuah; Maharajalela; Tun Sambanthan dan KL Sentral, sementara KTM Komuter membabitkan stesen Kuala Lumpur; Bank Negara dan Putra,” katanya.

Beliau berkata, seramai 1,010 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi pengoperasian Pematuhan dan Penguatkuasaan SOP tersebut.

Pada masa sama, Noor Dellhan turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti dan melanggar undang-undang serta SOP yang sedang berkuatkuasa.

“Polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan dan akan mengambil tindakam tegas dalam perkara ini,” katanya.

Perhimpunan #TangkapAzamBaki dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi di sekitar kompleks beli belah Sogo di sini. – Getaran, 21 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran