web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RFID: PLUS Kenal Pasti Penambahbaikan, Elak Kesesakan Plaza Tol

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 8:01AM

Plaza Tol Sungai Besi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengenal pasti beberapa penambahbaikan sebagai respons kepada kesesakan yang berlaku di plaza tol semasa pelaksanaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru, Pulau Pinang ke Skudai, Johor pada 15 Januari lepas.

PLUS dalam kenyataannya memaklumkan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof telah meluahkan kebimbangan berikutan rungutan orang ramai berhubung pelaksanaan awal projek rintis RFID dan penutupan lorong SmartTAG di plaza tol tertentu.

Susulan itu, PLUS komited untuk membuka semula lorong SmartTAG, meningkatkan prestasi sistem dan menempatkan petugas di plaza tol sebagai langkah menambah baik pengalaman pengguna lebuh rayanya.

“Kami akan membuka semula 16 plaza tol dengan 19 lorong Touch ‘n Go sebagai lorong SmartTAG menjelang 25 Januari sebagai persediaan menghadapi perjalanan balik kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Sebanyak 18 plaza tol lagi akan turut berbuat demikian selepas perayaan itu sehingga 19 Februari,” menurut kenyataan itu.

Menurut PLUS, halangan bagi lorong bertindih yang lebih pantas akan ditempatkan di plaza tol yang sesak bagi memastikan lalu lintas dapat diurus dan disuraikan dengan cepat.

“Selain itu, zon pengesanan visual RFID akan dicat pada lorong terbabit bagi membantu pengguna memposisikan kenderaan mereka bagi pengesanan optimum. 

“PLUS juga telah menugaskan pembantu perkhidmatan pelanggan di kesemua 158 lorong RFID di 74 plaza tol bagi membantu pengguna yang terperangkap dengan peranti pengesan mudah alih,” menurut kenyataan itu.

RFID telah wujud bersama dengan pilihan pembayaran SmartTAG dan Touch ‘n Go di kebanyakan rangkaian tol lebuh raya sejak 2018 untuk memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 juta pelanggan sedia ada.

Pada 15 Januari lepas, PLUS memperkenal pelaksanaan RFID di sepanjang lebuh rayanya sebagai tambahan kepada pilihan pembayaran tol kepada mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 6 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan