web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri Hilang Tatkala Rakyat Mati, Rumah Hanyut Akibat Banjir - Anwar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 8:31PM

Dikala rakyat dilanda malapetaka banjir ramai menteri yang gagal muncul menjalankan tugas. - Gambar hiasan oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kerajaan susulan ramai Menteri yang didapati ‘hilang’ ketika banjir besar melanda negara, Disember tahun lalu.

Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turun padang ketika bencana itu, terdapat segelintir Jemaah Menteri tidak ‘nampak muka’ dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa.

“Banyak menteri hilang, tidak dilihat di lapangan. Ada yang memilih untuk menjalani umrah, rakyat mati, rumah hanyut dan kita pilih untuk melaksanakan umrah. Ini perlu diperbetulkan.

“Walaupun pergi sebelum (banjir), balik segeralah apabila banjir melanda dan tunaikan tanggungjawab anda sebagai menteri. Saya bercakap tentang keutamaan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Bencana Banjir Penghujung 2021 di Parlimen, hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan menunaikan umrah pada Disember lalu, kemudian bangkit sambil memberitahu akan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Terdahulu, Ismail Sabri ketika ucapan pembukaan sesi itu, berkata terdapat Ahli Parlimen pembangkang yang turut tidak kelihatan turun padang ketika rakyat dilanda musibah.

Anwar yang juga Presiden PKR itu mengakui terdapat beberapa Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang tidak berbuat demikian untuk membantu rakyat terjejas bah.

Sebagai hukuman, beliau memberi jaminan akan menggugurkan mereka daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai calon pada pilihan raya akan datang.

“Saya nak beri jaminan saya akan pantau sama ada mereka turun atau tidak ke kelapangan, jika didapati prestasinya lemah ketika banjir, saya beri jaminan orang itu digugurkan sebagai calon untuk pilihan raya akan datang,” katanya. - Getaran, 20 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad