web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MySejahtera Lebih 1,200 Pemilik Sijil Vaksin Palsu Disekat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 4:15PM

Rohaimi (tengah) memaklumkan perkembangan kes sijil vaksinasi COVID-19 dikeluarkan sebuah klinik swasta yang disyaki palsu pada sidang media di IPK Terengganu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - MySejahtera lebih 1,200 individu yang memperoleh sijil vaksinasi dari sebuah klinik swasta di Marang sudah disekat kerana disyaki palsu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata sekatan itu dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) selepas siasatan mendapati kesemua individu terbabit mengakui tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Setakat ini boleh dikatakan kesemua yang berurusan dengan klinik swasta itu tidak mengambil vaksin, termasuk kakitangan sektor kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kita turut mengesan sebanyak 1,223 butiran pelanggan yang sudah dihantar kepada vendor vaksin dan status MySejahtera mereka sudah disekat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.

Rohaimi berkata, setakat ini polis sudah merakamkan keterangan daripada 23 saksi yang terbabit dengan penipuan mendapatkan sijil vaksinanasi palsu.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 18 individu mengakui status MySejahtera mereka tidak dikemaskini.

“Dua orang sahaja membuat aduan mendakwa ditipu yang bermakna mereka tidak menerima suntikan biarpun sudah membayar kepada doktor tersebut.

“Polis sudah rakam keterangan mereka sebagai saksi,” katanya.

Menurut Rohaimi, pihaknya turut menerima maklumat daripada majikan yang mengesyaki kakitangan mereka terbabit dalam pembelian sijil vaksinasi COVID-19 palsu .

Bagaimanapun, katanya, pengurusan syarikat memaklumkan akan mengambil tindakan dalaman kepada kakitangan terbabit.

Pada 8 Januari lalu, polis menahan seorang doktor berusia 51 tahun kerana didakwa terbabit dengan penjualan sijil vaksinasi palsu.

Susulan penahanan itu, polis merampas lebih daripada 1,900 senarai nama individu yang mendapatkan suntikan vaksin di klinik berkenaan.

Menerusi makluman polis, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September lalu selepas premisnya diberikan kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar. - Getaran, 20 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad